Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat bernyawa kembali setelah sebelumnya mengalami masalah teknikal yang agak remeh. Setelah beberapa bulan entri dibiarkan kosong, rindu rasanya ingin menaip kembali.
Syukur kehadrat Allah yang Satu, tiada daya kecuali hanya dari Dia. Penantian selama hampir 4 tahun akhirnya berbalas apabila pada 22 Oktober lepas, hubby berjaya melepasi ujian vivanya. Kini hubby bergelar Doktor, walaupun masih ada hadiah 'sedikit correction' dari examiner yang masih perlu diselesaikan.
Setelah di'grill' selama lebih kurang 3 jam, akhirnya hubby menelefon ke rumah memberitahu tentang berita baik tersebut. Heh, masih ingat lagi dia cakap kat hujung gagang sana, "Now, you can call me Dr.H". Konon nak perasan ranggi ler tu hoho. Saya as spouse yang hanya mampu menunggu keputusan di rumah dengan rasa kurang sabar, terasa debaran yang cukup kuat sejak dari awal hubby bertolak menuju ke medan viva. Handphone tak lekang dari tangan menunggu panggilan si suami. Namun bila difikirkan, apalah debaran yang saya rasa berbanding dengan perasaan bercampur baur yang dialami oleh orang yang mengadapnya selama 4 tahun. Stress, kalut, kosong, blur, down, happy, sakit hati, berdebar dan macam-macam lagi boleh dirasa dalam satu masa. Kita hanya berkongsi kegembiraan dengan kejayaan hubby, mengharapkan Allah mengurniakan yang terbaik dalam setiap urusannya. Setelah mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain di Malaysia, kejayaan manis ini turut dikongsi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain di Soton. Di samping turut sama mengharungi pahit getir cabaran yang datang, komuniti di Soton sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami, tempat kami bergantung kasih sayang, bantuan, sokongan dan juga doa.
InsyaAllah, dengan berakhirnya viva diikuti dengan correction yang perlu diselesaikan, maka semakin hampirlah masa kami untuk meninggalkan bumi UK yang penuh dengan kenangannya yang tersendiri. Seperti tidak percaya, seperti baru semalam kami menjejakkan kaki di bumi asing ini. Pejam celik, 4 tahun berlalu begitu pantas. Di bumi asing inilah kami mempelajari ilmu baru, menyesuaikan hidup dengan persekitaran baru, mengenali orang-orang baru, mendidik dan membesarkan anak-anak, memperbaharui dan memperbaiki diri dan yang paling penting mencari jalan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Pengalaman-pengalaman ini begitu berharga untuk kami sekeluarga dan kami berhasrat untuk mengekalkan tauladan yang baik yang dipelajari di sini untuk diterapkan dalam masyarakat di Malaysia sedikit demi sedikit.
Memetik seorang penceramah pernah berkata, lebih kurang begini bunyinya:
"Kadang-kadang di tempat yang asing dari agama, di situlah kita lebih selesa menemui jalan dan mudah mempraktikkan ajaran Islam."
Dan itulah kelainan yang kami rasakan di bumi asing ini. Pastinya kami akan hargai setiap moment yang diberi oleh Allah sepanjang kami disini dan moga Allah beri kita semua peluang dan kekuatan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah jika ada kesempatan, akan saya kongsikan pengalaman yang tak seberapa yang mungkin boleh kita ambil pelajaran daripadanya.
MyStory - IntanHidayat
Tuesday, 5 November 2013
Saturday, 30 March 2013
Online Grocery.. Antara Mudah dan Malas
1. Since semua dah ada kat hujung jari ni, peluang terbuka luas untuk orang makin jadi pemalas (amik langkah mudah salahkan teknologi dari diri sendiri hehehe..). Click je kat internet semua ada depan mata. Sekarang nak shopping grocery pun just letak punggung kat kerusi pastu cari je barang ape nak. Tinggal tunggu orang hantar depan pintu rumah je.
2. Dulu masa hubby operate lutut dan masih dalam recover, lama gak kitorang ni tak gerak kemana. Tambah pulak masa tu, lesen yang ada dah tak valid lagi nak drive kereta and dalam proses apply lesen UK. Kalau ada hal pergilah jugak ke city naik bas sekali-sekala. Kereta kitorang pun lama dah tersadai kat depan rumah, tapi yang syoknya minyak dapat jimat banyak. Walaupun camtu, ada gak kadang-kadang gamble je drive ke tempat yg dekat dgn area rumah, time nak pergi rumah kengkawan or pergi kedai halal. Cuak sebenarnya nak bawak jauh-jauh ni, takut kena tahan dengan polis. Tak pasal-pasal kena urus itu ini. Itu yang time weekend je memang telan liur lah tak dapat jamu mata kat carboot.
3. Selalunya kitorang shopping grocery kat Asda, Eastleigh (supermarket besar paling dekat). Nak pergi supermarket ni lebih kurang dalam 5-10 minit drive. Barang-barang lain top-up beli kat kedai Pakistan kat pekan or city. Walaupun hubby boleh drive, tapi pergerakan kakinya masih terbatas. So, kalau nak pusing keliling cari barang kat Asda tu beberapa lama memang agak payah.
4. Nasib baik jugak sekarang ada sistem shopping online. Untuk orang yang dalam keadaan macam kitorang ni, serba-serbi terbatas.. cara ni amatlah membantu. Register kat web, then dah boleh pilih and beli barang-barang yang ada. Lepas tu boleh booking delivery slot yang kita nak. Delivery ni kena caj, harganya vary. Kalau weekdays biasanya harga dalam GBP 2.50-3.50. Kalau hantar weekend boleh naik sampai 5 pound. Tapi tak kesahla pasal delivery tu, nk cepat hantar kenela bayar lebih skit, ye tak. Tapi nak ceritanya memang boleh layan shopping online ni, silap2 tak perasan dah melambak je barang yang kita penuhkan dlm trolley online tu. After dah checkout bayar ape sume, kita tinggal tunggu jela staf Asda ketuk pintu bawakkan barang2 kita. Dari sayur, buah-buahan, pampers, toiletries, tepung, gula dan macam2 lagi yg kita selalu beli boleh dibuat online je sekarang. Cara ni mmg boleh jimatkan masa, memudahkan untuk sesiapa yang ada kekangan atau tak punya pengangkutan ke supermarket dan sebagainya.
5. Tak pasti lah kat Malaysia sekarang dah diwujudkan ke tidak sistem belian barang harian secara online ni. Kalau Tesco, Mydin, Giant dan lain-lain supermarket ingin (atau) telah buat inisiatif sebegini, saya kira banyak juga memudahkan pelanggan-pelanggannya di samping memberi pilihan cara shopping yang pelbagai, khususnya bagi golongan berumur dan senior, kumpulan pekerja/korporat yang sentiasa busy dan sebagainya. Tambahan pulak dengan sistem pengangkutan awam di Malaysia yang kurang menyeluruh ke semua tempat dan masa, cara ini banyak memberi manfaat untuk golongan yang berkenaan.
6. Saya noticed ada beberapa pihak/web di Malaysia yang dah cuba memulakan sistem sebegini seperti Doorstep, Virgrocery, Redtick dan lain-lain lagi. Mungkin ia masih terhad dari segi target area dan barang yang ditawarkan, namun ia percubaan yang bagus untuk membuka mata umum tentang perkhidmatan sebegini. Adalah lebih menarik dan lebih sesuai jika kumpulan brand supermarket yang terkenal mewujudkan pasukan shopping online nya sendiri. Dengan ini pelanggan akan lebih rasa yakin dan selamat untuk terus membeli-belah.
7. Tapi dari sudut yang lain, kalau selalu sangat praktis shopping online ni boleh buat orang yang malas pun tambah malas. Dari ada 3-5% untuk exercise ringan-ringan sambil jalan belek-belek barang dari satu rak ke rak, terus peratusnya jadi zero disebabkan hanya duduk bertapa depan komputer memilih barang dari rumah. Aktiviti sosial bercampur dengan orang dan melihat persekitaran luar pun semakin hilang. Hmm, itulah dia. Di samping tak menafikan kemudahan yang diperkenalkan kepada umum daripada grocery shopping secara online ni, banyak juga faktor lain yang terkesan kepada akibat buruk. Konsepnya mudah je, sesuatu yang kita lakukan tu kena ada batasannya dan juga bersederhana. Jika kita melampau dan berlebih-lebihan, benda yang baik pada awalnya akan nampak buruk akhirnya.
Just my one cent thought ;)..

Tuesday, 1 January 2013
Fish Fillet with Maple Butter Sauce
Salam semua,
Sekarang kita dah pun menjejak ke tahun 2013. Sambil menaip ni terdengar dentuman fireworks bertalu2 kat luar rumah. Cheewah, macam jiwang pulak, sambil menaip diiringi dgn background sound firework. Hmm, tahun 2012 dah pun kita tinggalkan. Pastinya banyak manis pahit kehidupan yang telah dilalui. Walau apa pun yang penting, kita belajar dari peristiwa lalu dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Semoga iman dan amal soleh kita semakin bertambah seiring dengan angka umur yang semakin meningkat, insyaAllah.
Sebagai pembuka tirai post tahun baru, meh saya nak share skit satu resepi yang simple, sihat dan mudah dibuat. Tak perlu masa yang lama pun kat dapur, sekejap je dah boleh kumpul satu pinggan ;).
Pada sesiapa yang tak tau apa benda maple ni, paling senang nak imagine and mostly common product is maple syrup yg selalu kita makan dengan pancake tu. Tapi kalo tak jumpe, nak ganti dgn golden syrup pun boleh kot. Kelainan dalam resepi kali ni adalah sauce yang dipadankan untuk dimakan dengan fish fillet. Kalau cari kat pakcik google, mmg ada banyak choice of sauces yang boleh dipilih. Datang idea nak buat maple butter sauce ni daripada hubby yang balik dari conference kat Canada beberapa bulaYn lepas. Canada mmg famous dengan produk daun maple. So, ada satu time tu hubby makan kt restaurant, order fish fillet and the menu came with this sauce. Memula rasa pelik, sebab pada sesiapa yang pernah rasa maple syrup, hmm memangla manis kemain rasanya. But, dalam rasa manisnya tu, combinationnya kena dengan fillet ni. Apatah lagi ditambah dengan garlic mashed potato dan grilled asparagus. Hmm.. menjilat jari hehe.
Hubby ada gak beli kopi dan tea berperisa maple dari Canada. Bila bancuh je air, bau manis maple tu terus semerbak je kita hidu.
Ok, so no more chatting. Jom kita tgk dulu resepi ni :).
BAHAN-BAHAN (4 ORG)
- 4 boneless fish fillet (xkesah ikan apa, breaded atau tak. Sy beli yg siap frozen je kt supermarket)
- 1@ 2 ikat asparagus
- 1@ 2 btg carrot
Utk Maple Butter Sauce
- 1/2 cawan maple syrup (boleh ganti dgn golden syrup)
- 1/2 cawan butter
- garam
Utk Garlic Mashed Potato
- 4 @ 5 biji kentang
- 1 sudu besar bawang putih yang dihiris/ditumbuk halus ATAU 1 1/2 sudu serbuk bawang putih
- susu secukupnya
- 2 sudu yogurt
- sedikit serbuk lada hitam
- garam secukupnya
CARA-CARA:
1. Menggunakan 1 sudu minyak, grill/bakar breaded fish fillet atas non stick pan hingga masak. Jika guna fresh fish fillet boleh dibakar dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Potong carrot secara bulat (nk buat bentuk lg cantik). Grill/bakar dengan beberapa titik minyak dalam non stick pan. Setelah beberapa ketika, masukkan asparagus, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau rata. Tak perlu overcook, angkat setelah warna sayur nampak naik dan teksturnya sedikit lembut. Ketepikan
Maple Butter Sauce
1. Panaskan maple syrup atas api perlahan. Masukkan sedikit garam.
2. Setelah hampir didih, angkat dan padamkan api. Masukkan butter dan gaul hingga larut. Boleh tambah 2/3 sudu air jika terlalu pekat.
Garlic Mashed Potato
1. Buang kulit dan potong kentang menjadi bahagian lebih kecil dan rebus hingga empuk. Setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Jika guna bawang putih yg dihiris, tumis dahulu dengan sedikit minyak hingga kekuningan kemudian angkat. Jika guna serbuk bawang putih boleh terus dimasukkan bersama kentang.
3. Masukkan semua bahan yg lain ke dalam kentang. Menggunakan hand mixer, kacau kentang hingga sebati. Tambah bawang putih jika inginkan lebih rasa, tambah susu jika ingin lebih creamy. Garlic mashed potato ni tak perlukan sos tambahan sbb rasenya sendiri dah cukup lengkap.
Bolehla susun semua makanan dalam pinggan dan tuang maple syrup sauce tadi diatas fillet dan mashed potato. Selamat mencube :).

Monday, 24 September 2012
Blueberry Muffin
This is absolutely the top list of my favourite muffins, so far. Kalau disusunkan blueberry dan chocolate muffin sebelah menyebelah, with no doubt I will grab this muffin for the first bite (unless if other muffins are more tempting than this one hehe).
Sebelum ni kalau kitorang singgah kat mini Tesco kat Bassett near our house, kitorang akan cari muffin for our light meal. Biasanya mmg akan ada 2 jenis je, chocolate and blueberry. Sejak try yg blueberry, kitorang mmg dah jarang beli yg chocolate coz rasanya lebih sedap, padat dan yg penting nak avoid dari selalu makan chocolate hihi. Muffinnye pulak besar dan puas dimakan, makan sebiji je kadang2 dah kenyang. So, inilah asal usul blueberry muffin ni jadi favourite muffin kitorg sekeluarga.
Belek punya belek resepi kat internet, this recipe amazes us so well with its great taste. Resepinya mudah sesangat, dan the muffin came out so moist dan gebu, tak rapuh dan tak terlalu padat. Macam biasa, my hubby will always be there to be the taster jury and dia pun happy dgn this recipe. Kita ni pulak bila dengar ada orang happy, kita pun kembang la jugak bermangkuk-mangkuk hehe.
So, saya sisipkan kat sini for my future note, also buat viewers yg ingin mencuba ;).
Blueberry Muffin (12 cups)
Source: Thanks to JoyofBaking.com
Bahan-bahan:-
1. 1 biji telur, dipukul
2. 1 cawan (240ml) yogurt - full or low fat tak kesah
3. 1/3 cawan (80ml) minyak sayuran
4. 1 sudu teh ekstrak vanilla
5. 2 cawan (260gm) tepung gandum
6. 3/4 cawan (100gm) gula
7. 1 1/4 sudu teh baking powder
8. 1/2 sudu teh baking soda
9. 1/4 sudu teh garam
10. 1- 1 1/2 cawan blueberry segar or frozen (tak perlu dicairkan)
Cara-cara:
- Panaskan oven kepada 190 degree. Sapukan muffin tray dgn butter atau isikan dgn muffin cup/papers
- Menggunakan whisk, pukul telur, yogurt, minyak, dan ekstrak vanilla dalam satu mangkuk.
- Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung, baking powder dan baking soda (diayak bersama), gula dan garam. Kemudian, masukkan blueberry.
- Menggunakan spatula, campurkan wet ingredient tadi ke dalam dry ingredient dan kacau sebati (tak perlu terlalu lama, just enough hingga ia combine together). Anda akan dapati adunan akan menjadi pekat dan likat. Jangan pula panik, sebab mmg adunannya begitu ;).
- Isikan adunan ke dalam muffin cup hingga hampir penuh (adunan ini naik tidak terlalu banyak). Masukkan ke dalam oven selama 15 - 20 minit atau hingga toothpick yg dicucuk ke dalam muffin keluar bersih. Biarkan ia sejuk sebentar sebelum dihidang.
Sunday, 5 August 2012
Kuih Keria
It's been ages since last time saya masukkan resepi dalam blog ni. Teringin sgt nk update tp apakan daya, penyakit malas lebih bermaharajalela hehe. Oklah, utk warm up entry, saya sisipkan resepi kuih keria or kalau tak silap ade yg panggil kuih gelang (mostly yg sy jumpe panggil keria, tak tahulah kat side Malaysia yg lain).
Sejarahnya kuih keria ni jadi one of my favourite since saya kerja kat kilang TEAC, Melaka. Sebelum ni biasa2 je minatnya, tapi ade sorang makcik kantin kat TEAC ni buat kuih ni punyalah lembut. Sejak tu if time break, kalau dia buat kuih ni.. tak tunggu lama, mmg cepat je rembat. Since then saya mmg admire kuih keria yang lembut, apatah lagi jika sira gulanya tidak terlalu banyak, so bile makan tak la rasa manis sgt.
Bila dah merantau ni, beberapa percubaan dah pun dilancarkan kat dapur sendiri untuk buat kuih keria yg lembut. Byk kali jugak la buat eksperimen.. terkadang ok, terkadang keras, terkadang adunan terlalu lembik smpai payah nak shapekn dia jd bulat dn macam2 lagi la halangan yg ada. Setelah a few times cuba, akhirnya berjaya juga saya seal kan cara untuk dapatkan keria yang lembut ni. Alhamdulillah, ini untuk note sy di masa depan dan juga buat sesiapa yang ingin mencuba. Kalau ada guest mat salleh dan tercari2 menu yg sesuai utk dihidangkan, kuih keria ni bolehla masuk dalam list. Saya dah pun buat kuih ni 2 kali untuk diorang and so far mat2 and minah2 salleh berkenan dgn tastenya.
Silakan try.. diharap berjaya ;).
Bahan-bahan:
i. 2 biji keledek (saiz sederhana spt gmbr dibwh)
ii. 4-5 sudu penuh tepung gandum
iii. sedikit garam
iv untuk menyira - 2 sudu gula + 2 sudu air (sekali sira cukup untuk 7-8 biji keria, medium saiz)
Cara-cara:
1. Rebus keledek hingga empuk. Setelah empuk, angkat dan biarkan seketika.
2. Agak-agak keledek sudah sedikit sejuk, lenyekkan ia. Letak sedikit garam (jgn byk sgt) dan lenyek lagi hingga habis.
3. Campurkan 4-5 sudu penuh tepung gandum dan gaul sebati.
4. Jangan risau jika adunan agak lembik dan melekat. Standby sedikit tepung dalam satu pinggan. Apabila hendak mulai membentuk keria, lumurkan keseluruhan tangan dengan tepung tadi. Ambil kira2 segenggam adunan dan rolling kan ia di tapak tangan sehingga jadi panjang dgn ketebalan yg bersesuaian (seperti cakoi). Cantumkan kedua hujungnya untuk menjadi bentuk bulat spt tayar. Jika masih melekat, ambil lagi sedikit tepung dan salutkn pd adunan.
(p/s: Adunan tidak boleh mengandungi terlalu banyak tepung untuk mengelakkan ia menjadi keras apabila digoreng nnti. Jadi pada saya anggaran keledek dan tepung ini sudah molek untuk hasil keria yang lembut).
5. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng keria dan angkat sebaik sahaja ia golden brown.
6. Untuk menyira: Panaskan kuali non-stick. Masukkan 2 sudu gula diikuti 2-3 sudu air.
7. Tunggu sehingga ia berbuih dan masukan keria yang telah digoreng tadi (anggaran 7-8 biji). Gaul sebati sehingga semua gula melekat pada keria.
8. Setelah semua gula disalut, padamkan api. Teruskan menggaul keria hingga gulanya menjadi keras rata pada semua kuih. Angkat dan sedia dihidang.
Selamat mencuba..:)
Sejarahnya kuih keria ni jadi one of my favourite since saya kerja kat kilang TEAC, Melaka. Sebelum ni biasa2 je minatnya, tapi ade sorang makcik kantin kat TEAC ni buat kuih ni punyalah lembut. Sejak tu if time break, kalau dia buat kuih ni.. tak tunggu lama, mmg cepat je rembat. Since then saya mmg admire kuih keria yang lembut, apatah lagi jika sira gulanya tidak terlalu banyak, so bile makan tak la rasa manis sgt.
Silakan try.. diharap berjaya ;).
i. 2 biji keledek (saiz sederhana spt gmbr dibwh)
ii. 4-5 sudu penuh tepung gandum
iii. sedikit garam
iv untuk menyira - 2 sudu gula + 2 sudu air (sekali sira cukup untuk 7-8 biji keria, medium saiz)
Kat UK ni ade 2 jenis keledek; warna purple dan light oren. Biasenye sy guna yg warna purple, color isinya sama mcm biasa. Kalo guna yg light oren pn boleh, tp isi die nnti dpt warna oren gak ;). But so far taste nye ok je. |
Cara-cara:
1. Rebus keledek hingga empuk. Setelah empuk, angkat dan biarkan seketika.
2. Agak-agak keledek sudah sedikit sejuk, lenyekkan ia. Letak sedikit garam (jgn byk sgt) dan lenyek lagi hingga habis.
3. Campurkan 4-5 sudu penuh tepung gandum dan gaul sebati.
4. Jangan risau jika adunan agak lembik dan melekat. Standby sedikit tepung dalam satu pinggan. Apabila hendak mulai membentuk keria, lumurkan keseluruhan tangan dengan tepung tadi. Ambil kira2 segenggam adunan dan rolling kan ia di tapak tangan sehingga jadi panjang dgn ketebalan yg bersesuaian (seperti cakoi). Cantumkan kedua hujungnya untuk menjadi bentuk bulat spt tayar. Jika masih melekat, ambil lagi sedikit tepung dan salutkn pd adunan.
(p/s: Adunan tidak boleh mengandungi terlalu banyak tepung untuk mengelakkan ia menjadi keras apabila digoreng nnti. Jadi pada saya anggaran keledek dan tepung ini sudah molek untuk hasil keria yang lembut).
5. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng keria dan angkat sebaik sahaja ia golden brown.
6. Untuk menyira: Panaskan kuali non-stick. Masukkan 2 sudu gula diikuti 2-3 sudu air.
7. Tunggu sehingga ia berbuih dan masukan keria yang telah digoreng tadi (anggaran 7-8 biji). Gaul sebati sehingga semua gula melekat pada keria.
8. Setelah semua gula disalut, padamkan api. Teruskan menggaul keria hingga gulanya menjadi keras rata pada semua kuih. Angkat dan sedia dihidang.
Selamat mencuba..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)