Seronok rasanya dapat join kelas setelah berkurun lamanya meninggalkan pembelajaran formal. Hari Ahad lepas saya berpeluang mengikuti satu kelas fotografi yang dikendalikan oleh salah seorang komuniti Malaysia di Southampton ni. Pengajarnya saudara Shazarudin memang popular di kalangan kami dengan skill fotografinya yang sentiasa menarik perhatian, apatah lagi sejak beliau mulai upgrade ke kamera dslr yang mmg best among the best. Semakin bertambah la ilmu yang dikaut melalui beberapa kursus yang diikuti. Hmm.. kalau dah ada something yang kita minat, lebih excited la untuk kita upgrade dan maju dalam bidang tu.
Hartley Library of University of Southampton |
Nak ikutkan plan asal, sebenarnya saudara Din ni cuba aturkan satu kelas fotografi di Soton yang bakal diajar oleh photographer terkenal Malaysia, Saifulnang. Khabarnya Saifulnang sedang mengadakan photography tour di Europe dan atas kesempatan itu saudara Din cuba menghubungi beliau untuk singgah di Southampton dan mengadakan kelas untuk warga Malaysia di sini. Kebetulan agak ramai juga talent2 yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang fotografi kat Soton ni, samada undergrad or postgrad. Malangnya atas kekangan masa dan sebab2 lain, kelas yang dirancang terpaksa dibatalkan. So, alternatif lain saudara Din menawarkan diri untuk mencurahkan ilmunya kepada sesiapa yang berminat. It was a very basic photography class that anybody who own a camera either dslr or compact can join in. Yurannya pun murah just 10 pound for one session class from 10 am till 5pm. Hubby pun encourage saya utk join since dia tahu saya mmg interested dalam bidang ni, tambahan pula untuk mempelbagaikan rutin seharian sebagai surirumah sepenuh masa hehe.
Macam2 gaya |
Kelas diadakan di discussion room di library university. Inilah pertama kali saya jejakkan kaki ke library di sini. Hubby dah siap2 bagi kad student dia so dengan confidentnya boleh masuk tanpa banyak tanya. Once masuk je terus rasa rindu time belajar degree kat UTM, Skudai dulu. Rasa rindu nak belajar balik pun ada. Hmm.. bila lah agaknya kesampaian niat
tu...
Sesi komen & kritik hasil photoshoot |
Cikgu jadi model |
Antara gambar yg diambil semasa practise photoshoot |
Banyak yang dapat dipelajari dalam masa kurang satu hari menyertai kelas fotografi ni. Kalau selama ni kita ambil gambar kadang2 tu ikut suka hati je, tapi rupanya banyak yang perlu dipertimbangkan untuk mendapat kualiti gambar yang baik. Patutla kalau kita tengok gambar professional photographer jauh beza dengan gambar yang kita ambil. InsyaAllah after this dapat semangat baru untuk teroka bidang baru :).
No comments:
Post a Comment