Actually dah 2-3 kali jugak buat kek pisang ni (guna resepi lain), tp personally hasilnya belum mencapai kualiti yang memuaskan. Rasa dah sedap, tp rupa keknya pulak tak berapa jadi. Kadang-kadang bantat, kadang-kadang padat. Tak tau mana yang silap. Sebelum ni buat walaupun tak capai standard, tapi sure tak sampai satu hari dah habis licin. Makanya, push diri sendiri supaya kena jugak buat kek pisang sampai jadi.
Alhamdulillah, kali ni, boleh tersenyum lebar melihat kek pisangku cantik dan gebu. Tak sia-sia bersengkang mata pagi-pagi buta hehe. Resepinya dicedok dari sini, tq =)..
Bahan-bahan:
1. 2 cwn tepung gandum
(p/s: boleh juga diganti dengan 1 3/4 cwn tepung gandum + 1/4 cwn tepung jagung (diayak). Rasanya pun sedap, kdg2 sy guna resepi ni juga).
2. 1 s/k baking powder
3. 1 s/k soda bikarbonat
4. 1 cawan gula
5. 4 biji pisang (masak ranum) - dilenyek
6. 1/2 cawan minyak masak
7. 1 s/k esen vanila
8. 2 biji telur
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
2. Campurkan soda bikarbonat dan baking powder ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian ayak.
3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi.
4. Masukkan tepung dan kacau sebati sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali tuangkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sebati.
5. Akhir sekali tuangkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sebati.
6. Sapu acuan kek dengan mentega/butter kemudian taburkan tepung dan ratakan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau satu jam.
8.Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.