Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday, 28 February 2011

Kes Pembunuhan Selang 5 Buah Rumah?!!

1. Suspen tak title kat atas tu. Bukan saja reka..ini betul-betul kejadian. Rasa seram je rasa sebab kes ni berlaku dekat sangat dengan rumah kitorang. 

2. Pagi Jumaat (25 Feb 2011) kelihatan penuh kereta polis dan ambulans selang 5 buah rumah dengan rumah kitorang, tapi masa tu tak tau apa ceritanya lagi. Sampailah ke petang, polis still stay kat area tu, siap dengan pasang tape macam dalam cerita CSI. Malam tu baru keluar berita kat internet, seorang wanita dalam umur 60an terbunuh akibat kecederaan teruk di kepala. Dilaporkan 2 orang lelaki dan 2 orang wanita ditahan untuk disoal siasat. 

***Dalam video ni, nampak la jugak kelibat kereta kitorang hihi, tp sayang pulak tak nampak no. plat kereta =). (Kereta warna biru light..betul2 depan camera..belakang polis yg tgh tertonggeng mengendap bwh kereta hitam hik3x...)


3. Untuk cari bahan bukti berkaitan jenayah tu, polis geledah tong sampah, saluran bawah jalan dan angkat/alihkan beberapa kereta yang berhampiran. 2 orang kakak Malaysia postgrad yang tinggal sebelah dengan rumah kejadian ni pun diketuk pintu oleh polis dan ditanya kalau ada apa-apa maklumat. Ada jugak polis ketuk pintu rumah jiran (Malaysia) sebab nak mintak izin selongkar dustbin diorang, tapi rasanya takde pulak dia ketuk pintu rumah saya...hmmm. 
View dari rumah kitorang

4. Siang tu actually saya takde la ambil port sangat apa yang berlaku sebab jaga anak orang. Lagi pulak minggu lepas cuti sekolah seminggu, kalau tak terintai-intai jugakla time hantar Alham ke sekolah pagi-pagi. Ikut cerita orang, macam ada kejadian pergaduhan keluarga sehingga menyebabkan wanita tu tercedera lalu mati. Hmmm...entahla.. nampak gaya macam crime rate sekitar kawasan ni makin tinggi. Harapnya lepas ni takde kejadian yang seumpamanya berlaku, risau dengan keadaan sekeliling yang tak berapa secure ni. For sure lepas ni rate insurans kereta pun naik la jawabnya sebab mungkin termasuk dalam high rate crime area...aduhai....

Sunday, 27 February 2011

Manchester: Majlis Penyerahan Sumbangan Sek. Malaysia

1. Hari Ahad lepas (20 Feb 2011) hubby dan 4 orang lagi member bertolak ke Manchester untuk attend satu majlis penyerahan sumbangan oleh Pengerusi Kelab Umno Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada 9 buah Sekolah Malaysia di UK. Rasanya hampir kebanyakan wakil Kelab Umno serata UK dan Sekolah Malaysia hadir dalam majlis tu.  


2. Dari Soton, antara yang pergi termasuk Pengetua Sekolah Malaysia Southampton (Hafizul) dan hubby serta rakan2 lain (Wan Rizan, Azim dan Afif) sebagai wakil Kelab Umno Southampton. Majlisnya dijadual bermula pukul 6 petang, dengan itu sejak pukul 10.30 pagi dah bertolak dari Soton. 

3. Sampai kat Manchester diorang singgah lunch dulu kat satu kedai Pakistan ni. Makan nasi beriani+ayam percik+lamb rib. Dengar je dah macam terliur. Katanya puas hati makan kat kedai tu, banyak dan harga pun boleh tahan. Nasib baik cik abang tak makan sorang, tapau bawak balik sikit (nak kata sikit

Wednesday, 23 February 2011

Acar Mentah

1. Kebelakangan ni banyak betul benda nak story sampai post resepi lama dah tak terusik. Resepi kali ni rasanya ramai yang tahu buat, dan yang penting teramatla senang. Saja nak tempek kat sini sebab ni first time tuan punya blog buat acar mentah hihihi. Itu pun sebab ada request dari jiran (Kak Linda) yang adakan gathering family Soton di rumahnya untuk Majlis Ringkas Maulidur Rasul malam Rabu minggu lepas. Sempena memperingati hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W, sedikit ceramah tentang kisah Rasulullah dan tayangan video bagi mengimbau sejenak di waktu kewafatan Baginda dan ingatan Baginda terhadap umatnya dipertontonkan. Satu majlis yang ringkas tapi berkesan di hati.

2. Menu utama malam tu nasi beriani, so pakat ramai-ramai delegate kerja memasak. Alkisahnya saya dapat duty buat acar mentah. Disebabkan short notice, jadi guna je bahan-bahan yang ada and sempat dibeli, but still the taste is not bad =).. 

3. Next time nak try buat acar version tumis pulak =).. Acar darat, acar tumis ke namanya. Macam-macam nama ada tp rasanya style yang sama.


Bahan-bahan (5-6 orang):-
1. 1 biji timun (dipotong 4 bahagian, 4/5cm panjangnya, dibuang empulur dan dihiris panjang)
2. 2 biji carrot (dihiris panjang)
3. 2 biji bawang merah (dihiris melintang)
4. Sedikit nenas (dipotong kecil) - saya pakai nenas dalam tin je hehe)
5. 1 biji epal (dihiris panjang) - best juga letak epal ni..
6. 5 sudu gula /secukup rasa - mmg byk pakai gula
7. sedikit garam
8. 1 sudu cuka / jus limau
9. sedikit biji sawi (saya tak letak sbb takde, lain kali boleh try lg).

Cara-cara:-
1. Gaulkan semua bahan sekali dan dibiarkan beberapa lama. (Air dari potongan sayur dan buah akan terhasil dan melembutkan bahannya)
2. Sesuai dimakan dengan nasi beriani, nasi tomato, nasi minyak, nasi putih pun boleh..=)

Monday, 14 February 2011

Soton Chinese New Year (CNY) Celebration 2011

1. Seperti yang dijanjikan, sambungan cerita dari entry sebelum ni. Majlis Tahun Baru Cina ni dijalankan pada Ahad lepas untuk sebahagian student bangsa Cina yang ada di Soton (dah seminggu dah..). Bermula pukul 11 pagi, kehadiran di dewan Stoneham dipenuhi oleh kebanyakannya warga Melayu. Walaupun begitu, intisari majlisnya tetap bertemakan sambutan raya Cina. Organizer majlis dirancang oleh adik-adik undergrad, family postgrad pula involve dalam part masak-masak, sekali dengan anak angkat masing-masing.
 
2. Time event macam ni, yang syoknya  budak-budak la coz macam tahun lepas, tahun ni tarian naga tak ketinggalan dalam tentatif majlis. Seronok budak-budak mainkan 'naga' tu...


Friday, 11 February 2011

Masak-Masak with Anak Angkat

1. Hari Ahad lepas (6 Feb 2011) MSA Soton (Malaysian Student Association) anjurkan Chinese New Year (CNY) Celebration untuk meraikan student Chinese Malaysia di Southampton. Walaupun majlis CNY, tapi majoritinya Malay students yang join dan memeriahkan majlis. 
2. Malam sebelum tu beberapa family dan anak angkatnya sekali ditugaskan masak menu yang ditetapkan untuk dihidangkan pada hari majlis tersebut. Menu utama ialah Kuey Tiaw Kungfu dan Ayam Masak Sweet Sour. Masakan lain disumbangkan atas inisiatif sendiri. Family kitorang dapat tugas masak Kuey Tiaw Kungfu. First time dapat tahu cuak sekejap sebab tak pernah makan apatah lagi masak. Dapat assignment tu pun last minit pagi Sabtu tu. So, ape lagi...kepada internet lah tempat kitorang mengadu...cari resepi. Bahan masakan dah siap sedia diberikan oleh MSA, tinggal masak je. 

 
 
Azim...
3. Malam tu lambat jugak start masak, sebab sebelum tu attend meeting Sekolah Malaysia. Dalam pukul 8 malam baru nak mula potong itu, siang ini. Pukul 10 malam barulah nak mula masak. Anak angkat kitorang ada 2 orang, student undergrad 2nd year...Azim dan Faris. Diorang pun join sama masak, walaupun dah lambat tapi tetap jugak take part sama. Memang anak angkat yang baik la hehehe... Azim ambil tugas menyiapkan menggoreng kuey tiaw, Faris pulak take over duty mencelup kuey tiaw ke dalam telur, dan saya siapkan kuahnya. Hubby macam biasa bertanggungjawab jadi taster.
Faris...
4. Bermulalah aksi kitorang berkungfu di dapur. Hasilnya, rupa kuey tiaw kungfunya jauh panggang dari api hihi. Sepatutnya kuey tiaw tu dimasak ala-ala murtabak maggi. Kuey tiaw yang lembut dicelup dalam beberapa biji telur yang telah dipukul . Selepas tu digoreng atas kuali dan masak macam telur dadar. Kuahnya dibuat asing ala kuah ladna/hong kong. After 5-6 kali try tetap gak tak jadi rupa yang sepatutnya (tak tau apa silap), last2 kitorang kiraikan aje kuey tiaw tu hihihi. Last batch baru dapat hasil yang memuaskan, bolehla dapat 3 keping. Habis masak dalam pukul 12.30mlm.

5. Walaupun tak jadi tapi kuey tiaw kungfu yang dah bertukar version tu tetap gak dikendong ke majlis esoknya.  Risau jugak nak bawak, takut takde orang nak makan. Lagi pulak ada 2-3 family lagi masak benda yang sama (jadi ke tak diorang buat) dan bermacam-macam menu lagi yang dijangkakan ada. Kalau nak ikutkan rasa memang ok,  cuma tinggal rupanye aje. Kata orang dari mata turun ke hati...hehe bermadah pujangga pula. Tawakal je la harapnya ada yang minat nak makan kuey tiaw kungfu kitorang esoknya. 

p/s: Sori, lupe nak snap gambar kuey tiaw kungfunya =)...

~ Sambungan at next story, sambutan Chinese New Year Soton 2011 =)...
apa kisahnya dengan kuey tiaw kungfu tadi?? hehehe... ~ 

Wednesday, 9 February 2011

'Memancing' di Freecycle

1. Kat Malaysia mungkin kurang familiar dengan mende ni. Tapi nampak gaya dah ada usaha nak wujudkan group, though still limited to big cities like K.L, Selangor, Johor, P.Pinang etc. Sistem freecycle ni memang popular kat UK and other big countries. Ia merupakan satu email group yang dibuat khusus kepada sesiapa yang ingin memberikan barang kepunyaan mereka yang tak lagi diperlukan secara percuma. Senang cite nak get rid barang yang dah tak nak/tak pakai. Begitu juga port untuk mereka yang nak cari barang free =).

2. Since tinggal kat UK ni, mulalah berjinak-jinak dengan group ni. Sistemnya simple;
  • Join the freecycle group based on location. 
  • After being approved, group member boleh hantar dan terima email from other members, samada 'Offer' atau 'Wanted' item.  
  • Untuk 'Offer' email, mana-mana yang berminat untuk dapatkan item tu boleh respond pada email owner.
  • If you're lucky, you will get the reply and being asked when to collect the thing at the given address.
  • Kalau tak dapat pape respond, kiranya memang takde rezeki la, coz ramai yang berebut-rebut nak barang tu and we're not selected. Cuba lagi kalau ada lagi yang offer =).
  • Kita boleh juga war-warkan pada members if we're looking for certain item thru 'Wanted' email. Tapi selalunya orang tak bother sangat, nasib baik sesangatla kalau ada yang reply. 

3. Alhamdulillah, ada beberapa barang berguna yang kitorang dapat 'hasil pancingan' kat freecycle ni =). So far, amatla puas hati dengan condition barang2 tu. Dari barang elektrik, perabot, pakaian, barang dapur, basikal  dll semuanya ada (banyak sgt barang sampai tak muat column nak list down semua hihi). Bagi kami sebagai perantau sementara kat sini, sistem freecycle ni