Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday, 27 September 2010

Lebaran di Soton, UK

Sejak start Syawal hari tu tak menyempat nk tulis story pasal raya kt perantauan ni. Ingatkan tak semeriah raya di Malaysia. Rupanya jauh panggang dari api hehe.. Kemeriahannya agak besar especially pada awal Syawal. Cuma ada beberapa part yg terasa kurang, terutamanya time bermaaf-maafan selepas solat raya. Tiada scene bersalaman dengan ibu, abah dan adik beradik. Yang ada hanya hubby dan anak2 tersayang. Rasa sebak jugak awalnya bila teringat family kt Malaysia, tp cepat cover dengan adanya teman2 yg ramai kt sini. Lepas sesi bersalaman, ape lagi... bergambar satu family for our 1st raya in UK...=).


Solat sunat Aidilfitri diadakan di Stoneham Hall,near to students' hall. Kebanyakan yang solat di situ students univ dan family dari Malaysian, Indonesian, Pakistani and etc. Ada juga dari Arab, Gaza and etc. Solat start pukul 8 a.m, agak awal juga. Jika ada yang terlambat, ada alternatif lain untuk solat sunat raya di masjid di area city, mulanya sekitar pukul 8.30 or 9 a.m. Tapi mungkin tak sama feelnya coz tak dapat join solat dgn rakan Malaysia yg lain.

Hubby dgn rakan2 selepas solat sunat Aidilfitri
1st day raya dah ada open house perdana dengan teman2 =). Beberapa family plan masak beberapa lauk-pauk raya bersama-sama untuk dijamu pada teman2 di Soton. Hostnya diadakan di salah satu rumah teman (tq to Kak Pah & Abg Rizal). Mcm2 juadah ada sampai tak tahu mana nak pilih. Nasi dagang, rendang, lodeh dan kuah kacang semestinya, soto, kuih-muih, ayam masak merah dan sebagainya..(byk sgt smpai dah tak ingat menunya hihi). Bila berkumpul ramai2 camni, kurang skit rasa rindu pada family. 

Juadah di Open House Perdana, Soton
Then, Keluarga Soton (seluruh komuniti Malaysia di Soton) adakan Sambutan Aidilfitri besar-besaran. Tempatnya turut diadakan di Stoneham Hall. Semua orang datang dengan baju raya masing2, barulah nampak warna-warni hari rayanya. Nasib baik still dalam mood summer-autumn lagi. Kalau dah masuk winter tersoroklah baju raya yang cantik2 tu dalam jaket tebal hihihi.. Sate jadi menu utama bersama kuah kacang dan nasi impit. Rasenye ade dalam 1000 lebih cucuk sate yg terhidang. Potluck dari kawan2 juga tak tinggal; laksa, mee rebus, nasi dagang and etc. Kawan dari Indonesia juga turut join menghidangkan baksonya (originally made by Indonesian..laku smpai kene queue..). 

Bergambar raya with Family Soton
Kali ni, saya sempat menyumbangkan kuah kacang untuk hidangan seluruh Soton =). Pengalaman masak untuk tetamu yang ramai agak mencabar, tidur pn dah pagi coz nk meng'modify'kan kuah kacang sebaik rasa yang mungkin. Niatnya join masak ni coz nk dapat feel raya and untuk pengalaman masak sendiri juga. Harapnya kene la dgn tekak tetamu yg datang.

Hmm, kalo nk cite kisah hari raya ni mcm tak cukup sampai kt sini. Kita stop dulu kt sini, panjang2 karang tak larat nk baca. Kita sambung lg next story kay...!

Thursday, 16 September 2010

"Ketika Cinta Bertasbih"

Sudah lama tak melayan cerita Malaysia/Indonesia =). Pokoknya niat di hati nak menonton cerita melayu. Sejak drama Nur Kasih dan Adamaya, rasanya belum ada lagi drama or cerita yang minat untuk ditonton. 

Terbaru, coz dah muak dengan cerita Inggeris, surf kt internet cerita apa yg menarik utk dilayan. Kat Malaysia sekarang trendnye macam banyak keluar cerita hantu or seram, drama lainnya sekadar tgk sinopsis sahaja. Lalu terjumpalah sinetron "Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan". Sebelum ni selalu jugak dengar nama filem ni dan lagunya. Mmg best didengar cuma belum ada kesempatan untuk tengok. Filem "Ayat-ayat Cinta" karya org yang sama juga hanya dapat sempat lihat tebuk-tebuk.  

Poster "Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan"
Jadi bila ada waktu ni, terus saje melayan cerita ni. Awalnye tonton filemnya dahulu, itu pun skip terus ke sequel yg ke-2, yg pertama langsung tak ditonton hehehe. Nasib baik jalan ceritanya dapat dipaham dan boleh diagak (insyaAllah cuba juga untuk tengok jika ada waktu lain). Then, dapat tahu filem tu dilanjutkan dalam bentuk sinetron untuk memenuhkan event bulan Ramadhan di Indonesia. Apa lagi, terus aje melayan ikuti kisah seterusnya =).

Kholidi Asadil Alam as Khairul Azzam
Oki Setiana Dewi as Anna Althafunnisa
Pada saya, cerita ini mmg bagus untuk ditonton, punya nilai agama yang tinggi dan mampu mendidik masyarakat terutamanya anak muda untuk berusaha mematuhi dan memahami ajaran agama Islam dengan mendalam. Sinetron ini juga byk memberi panduan utk kita bertindak dan mengambil keputusan sejajar dgn kehendak agama dan dalam pertimbangan wajar. Alhamdulillah, makin byk cerita sebegini mulai ditayangkan. Selepas drama Nur Kasih, sinetron ini berjaya masuk dlm favourite list saya =). 

Meyda Sefira as Ayatul Husna
Dude Herlino as Ustaz Ilyas

Sweet couple =)
Awalnya kalau dilihat cara acting hero dan heroinnya dlm filem, saya rasa pelakonnya agak kaku dan mungkin perlu lebih ekspresi memandangkan kalau tak silap mereka adalah pelakon baru. Namun, dalam sinetron, nampak gayanya mereka lebih berkeyakinan dan berjaya membawa watak masing-masing dgn baik dan mantap. Tambahan pula, antara pelakon yg ada, terselit favaorite actor saya turut berlakon didalamnya, Dude Harlino =). Moga lebih banyak lagi sinetron bagus yg dilakonkannya selepas ini. 

(**Hehe...tiba2 je rase mcm pengkritik filem/sintron pulak....=D, ada gaya tak..)

Thanks to M3L4TI's Channel coz upload sinetronnya =). Without your effort, we can't watch this sinetron till the end. Enjoyy!!..

ERRR...IF ADA YANG NAK COPY GAMBAR KE APE BERITAHULAH DULU YE (OR BG CREDIT KE HEHE..), SURE TAK MARAH PUNYE =)...

Wednesday, 15 September 2010

1st Word Najah

HBaru2 ni mulut Najah giat membebel itu ini =). Sejak dua lg gigi atasnya baru nk tumbuh, mcm2 plak yg dibisingkannya hihihi...

These are some of the words yg terpacul dr mulut Najah;-
  •  Abah..
  • Abanggg..
  • Maaa..
  • Aa-Dahh (biasenye word ni keluar time die excited nmpk makanan =)..)
 Hmmm...but, the most important word yg Najah belum lg ckp is IBU!.. Aduhai Najah..nama ibu jugak yg keluar last, sama mcm abg Alham..bilela ibu nk dengar Najah panggil ibu nih..isk3x...

Tuesday, 14 September 2010

KIWI CRUMBLE

Ini die resepi cipta sendiri hihihi... Actually kesnya nk buat apple crumble, tapi kat rumah takde apple, kiwi je yg ade, tak tau bile nk habiskan kiwi tu. Jadi terus dtg idea nak buat kiwi crumble. Rasenye agak sama mcm apple crumble, coz rase crumb and cinnamon nya lebih dominan. Cuma kalo buat dgn apple, isinya lebih teguh. Kalo buat dgn kiwi ni, bila sudah dibakar, kiwinya akan jadi lembik bila dipotong. Apa pun tak rugi mencuba, lepas ni boleh ganti dgn buah lain pulak =)...


Sumber: Olahan sendiri (inspirasi ibumimi)

Bahan-bahan ( 9" × 13" )

  • 4 cawan tepung
  • 1/2 st garam
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 1/2 cawan mentega – jangan lembut sangat atau dicairkan
  • 6 biji kiwi 
  • 1 tsp cinnamon powder
  • 1/2 biji lemon/ sedikit jus limau

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke 180 °C dan griskan dengan tepung pada 9×13 baking pan.
  2. Keluarkan butter dari peti ais sementara menyediakan epal. Kiwi dibuangkulit dan dipotong dadu 1cmx1cm. Sesudah itu perah 1/2 biji lemon keatas kiwi tersebut.
  3. Campurkan tepung, gula kastor dan gula perang serta garam kedalam mangkuk
  4. Potong butter kedalam mangkuk campuran tepung tadi (jangan cairkan) dan ramas sedikit untuk menjadikan serbuk crumb...jangan terlebih uli, nanti jadi doh
  5. Ketepikan 1 cawan crumb tersebut dan campurkan dengan serbuk kayu manis kemudian gaulkan pula dengan kiwi tadi dan biarkan seketika
  6. Baki adunan crumbs di bahagi 2 bahagian - 1 crumbs untuk melapisi bahagian atas - 1 lagi untuk bawah crust.
  7. 1 adunan diambil untuk melapisi bahagian bawah (crust) hendaklah ditekan kedasar dulang pembakar untuk memampatkan adunan dan kemudian bakar selama 10 minit
  8. Selepas 10 minit, taburkan bancuhan kiwi dan kemudiannya taburkan crumbs. Masukkan semula kedalam ketuhar selama 45 minit atau sehingga atasnya bewarna keemasan dan sejukkan sebelum memotongnya kebentuk bar atau kalau nak cepat leh letak dalam peti ais.

MOIST CHOCOLATE CAKE (TANPA BUTTER)

Dah lama rasenye tak buat kek coklat. Last time buat time birthday husband bulan 3 lepas. Time puase ni teringin plak nk mkn. Tapi kali ni pakai resepi yg lain dari yg sebelum ni coz bila selongkar dapur tgk2 xde plak butter yg tinggal. Bila surf kt web ade pulak la resepi tanpa butter. Thanx to Badot Gendot MyResepi atas resepinya. Ape lg, terus aje start baking. Husband kate ade improvement kek kali ni. Keknya lebih terasa dan lebih moist. Kembang la kite yg susah payah baking ni mendengarnye. InsyaAllah pasni boleh try lg =).

 

Bahan2 Kek:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung naik sendiri(*kt umah xde tepung naik sendiri, so saya ganti dgn tepung gandum je)
  • 2 cawan gula yang telah dikisar halus
  • 1 cawan serbuk koko (pakai brand van houten lg sedap)
  • 1/2 cawan serbuk milo
  • 1 cawan susu cair (kalau xde pon xpe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis atau krimer
  • 1 1/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (optional)
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
  • 2 biji telur saiz sedang
Bahan2 Topping:
  • 1/2 cawan serbuk koko van houten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • *Utk topping boleh guna kaedah double boiling atau terus masukkn bahan2nye ke dlm periuk.

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Setelah kembang, masukkan pula tepung-tepung, serbuk koko, serbuk milo, susu cair, susu pekat, minyak masak. Kacau hingga sebati
  3. Masukkan air panas mendidih dan kacau hingga sebati
  4. Masukkan ke dalam loyang yang disapu mentega terlebih dahulu
  5. Bakar dengan kepanasan 160 darjah selama 45 minit atau hingga masak, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit.
  6. Untuk topping,campurkan je semua bahan2 topping tu dan kacau sampai sebati.Bila agak-agak dah pekat,curahkan kat kek.



Monday, 6 September 2010

KARIPAP KENTANG

Beberapa hari lepas (still dalam bulan Ramadhan) teragak nak makan karipap kentang hehehe.. Actually dah lama dah tak buat karipap ni coz memikirkan malasnye nak menguli dan mencanai doh. Itu pun baru start nk buat bila dah dok merantau, padahal dulu mak buat depan mata xnak belajar, tau ngap je hehehe... Dah alang2 tu, buat banyak skit utk membalas juadah jiran tetangga sebelum ni dan hantar sedikit utk berbuka beramai2 bersama community muslim yang lain anjuran ISOC di Stoneham. Jadinya inilah hasil karipapnya. Thanx tu resepi hana6877 MyResepi utk kulit karipap yang rangup. Tp kali ni saya tak pakai inti keledek, just ganti dgn kentang coz malas nak mencari keledek hihihi... Punyela beria buat utk sendiri makan, last2 sendiri yg xpuas makan coz banyak yg dah dibagi pada org =)...



Karipap sedia utk digoreng

Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • sedikit garam
  • airsuam 
      INTI
  • 5 biji kentang
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih 
  • 1/2 kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam
  • air 
Cara-cara 
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu. Rebus kentang (supaya cepat lembut semasa dimasak dgn kari). Ketepikan.
  3. Blend bawang besar, bawang putih dan rempah kari. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang, kacau rata. Kemudian masukkan kentang, air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Cara2 kelim karipap bleh lihat di sini .. hana6877 kelim karipap. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
  5. Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.

Sunday, 5 September 2010

1st Time Pengalaman Puasa di UK

Tinggal kurang seminggu lagi Ramadhan bakal pergi. Tak sedar pulak sekejap jek nak masuk Syawal. Tahun ni 1st time pengalaman puase kt UK. Boleh dikatakan agak tough sebab tahun ni puasa jatuh time summer/autumn. So jam berpuasanye mmglah lama. Ingat balik, 1st day puase, sahur habis dalam pukul 3.30am, maghribnye pulak dalam pukul 9.05pm. Huh, dalam 16jam puase. Minggu awal puase agak pedihla jugak perut nih. Kalo terlajak tidur,then tak bangun sahur, alamatnye time kul 7pm perut dah berangin, kepala pulak pening. But then, dah tak bother sgt dah coz time sahur and buka dah makin cepat. Alhamdulillah...

Pengalaman berbuka tentunye berbeza. 1st thing, sume juadah puase kene masak sendiri. No more bazar ramadhan or eating out at hotel or whatsoever. Time ni ape yg teringin dek anak tekak sumenye kene buat sendiri. Actually bukan time puase je, hari2 lain pun sama jugak. Cuma bulan puase nih mengidamnye lain macam skit, agaknye sbb dah seharian berpuase. Yg agak mudah kt sini, waktu maghribnye agak lama sebelum sampai waktu isyak. So, bile berbuka tu tak terkejar-kejar nk solat maghrib, compare dgn kat Malaysia. Jadi time berbuka agak selesa. 

Bila puase time summer nih, waktu siang lama, waktu malam pulak sekejap. So, belum pun sempat rase kenyang hilang time berbuka, dah kene makan sahur pulak. Kalo tak sahur, nnti tak tahan pulak puase esoknye. Jadi disadvantagenye, kite tak sempat nak merase byk makanan malam tuh hehe. Tp untuk yg plan nk berdiet, ini mmg time terbaik. Kalo nk diikutkan berjaya jugak la turun beberapa kilo - ke tahap yg tak pernh tercapai sebelum ni =). Hmm, adakah akan bertahan beratku ini? Tunggu dan lihat jela bile dah raya nnti....huhuhu...

Bila fikirkan Ramadhan dah nak habis, terfikir jugakla ape lah amal ibadat yang dah dibuat sepanjang Ramadhan nih. Azam diri nak memperbaiki diri mana yg cacat cela tp rasenye target masih tak kesampaian. Godaan syaitan time puase nih for surela takde, jadinye kene salahkn diri sendiri coz tak mampu nak kawal diri dan tetapkan azam dan disiplin. Solat terawih kdg2 tak dapat nak cukupkan 8 rakaat coz kekangan menjaga anak2, dan yang pentingnye Malass...! Bangun qiam pun dah nak dekat2 sahur, jadinye dpt buat sikit je dan tak berape khusyuk. Belum lg ditambah dgn kawal marah dan sabar terhadap suami & anak2. Hmm, kalo lah ade chart yg boleh monitor pahala puase bulan Ramadhan ni, agaknye byk btul pahala yg dah kurang. Aduhai...Ya Allah, berikanlah kesempatan untukku menjenguk Ramadhan kali yang lain dan bantulah aku menjadi hambaMu yang lebih baik dari hari semalam...Amin..

Friday, 3 September 2010

Finally I'm a Blogger!

Rasanye tak pernah termimpi untuk ada blog sendiri sebelum ni. Melihat blog orang lain rasenye macam tak mampu nk sejauh tu, padahal xdela buta IT sgt. Sng cite sebab xde minat dan mungkin cukup hanye setakat ade social network mcm Facebook. 

Tp sejak duduk merantau ni, idea utk buat blog sendiri makin bercambah. Bukannye ape, ingin mencari kelainan dari aktiviti rutin sehari-hari. Ditambah pula melayari blog beberapa rakan yg sgt seronok dibaca. Boleh dikatakan ramai yg bermula sejak duduk di perantauan (bg rakan saya). Minat utk menulis juga ada, jadi inilah dia. Harapnye xsekerat jalan saja mencipta blog ni hehe..

Apa yang penting, tujuan blog ni adalah utk menjadi the keeper of my memori dan kenangan hidup saya selepas ini =). Di samping berguna utk diri sendiri, harapnye ia juga bermanfaat utk orang lain... berkongsi ilmu Allah yang maha luas serta menjalin silaturrahim dengan hamba Allah di seluruh dunia. Selain itu, moga dijauhkan dari niat dan sifat riak serta menunjuk-nunjuk. 

Salam perkenalan buat semua =)...