Karipap sedia utk digoreng |
Bahan-bahan ( 20 biji )
- 250g tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin - panaskan
- 2 sudu besar minyak masak - panaskan
- sedikit garam
- airsuam
- 5 biji kentang
- 2 sudu besar kari ayam/daging
- 1 biji bwg besar
- 2 ulas bwg putih
- 1/2 kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- garam
- air
Cara-cara
- Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
- Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu. Rebus kentang (supaya cepat lembut semasa dimasak dgn kari). Ketepikan.
- Blend bawang besar, bawang putih dan rempah kari. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang, kacau rata. Kemudian masukkan kentang, air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering.
- Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Cara2 kelim karipap bleh lihat di sini .. hana6877 kelim karipap. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
- Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.
No comments:
Post a Comment