Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Monday, 19 September 2011

Alham's Fight Back To School R

Hmm...hari ni dah masuk minggu ke -2 episod baru untuk anak bujang sulungku, Alham. Tahun ni Alham dah ke primary school, masuk ke Year R (Reception Year). Kelas ni kirenye permulaan sebelum masuk ke Year 1. Huh..dah bersekolah dah rupenye anak ku... cepat tul masa berlalu. Barula perasan diri ni pun dah makin 'senior' hehe. Kalo tak selalu perasan mude je hihik ;).
 

Sekolah Alham ni cuma selang satu jalan je kat belakang rumah kitorang, so mmg dekat sangat. Proses mendaftar sekolah bermula lama lagi sebelum sesi bermula dan perlu dilakukan melalui city council. Masa apply risau jugak Alham tak dapat sekolah yang dekat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Memandangkan Alham lahir selepas bulan September, makanya Alham lambat setahun masuk ke sekolah berbanding kawan lain yang lahir before bulan September tahun yang sama. Mmg camtu arrangement daftar umur untuk sekolah di sini. Walaupun lambat, tapi bersyukur jugak kitorang sbb boleh preparekan Alham betul2 sebelum ke primary school.

Dalam 2 minggu pertama ni Alham akan datang ke sekolah untuk half time sahaja, start pukul 9 pagi hinggalah ke pukul 12.10 tgh. Minggu-minggu yag seterusnya barulah Alham akan stay di sekolah full time hingga pukul 3 petang. Sebelum sesi sekolah bermula, minggu lepas diadakan home visit oleh cikgu kelasnya. Mereka akan peruntukkan satu minggu untuk melawat rumah2 student yang terlibat (sekitar dalam 30 orang) untuk lebih mengenali mereka. Kirenya satu pengalaman baru bagi kitorang kat sini sbb bende ni tak dipraktikkan di Malaysia. Pada cikgu2 ni, home visit ni boleh mewujudkan komunikasi yang baik dengan parents personally dan student pun kenal dengan cikgunya sebelum kelas bermula. 

Untuk preparation, before ni kitorang pun adela shopping sikit untuk keperluan Alham ke sekolah. Dah rase cam feel shopping back to school mcam kat Malaysia pulak. Barang yang dibeli takdela banyak, cuma topup sikit2 mana yang xde macam t-shirt, seluar dan drink bottle. Barang yang lain kitorang dah beli melalui sekolah. Actually trend kat sini family Malaysia yang mempunyai anak sebaya dan akan pulang ke tanahair akan pass baton baju dan barang sekolah anak diorang ke family lain pulak. So kire jimatla sikit, yang lain kalo nk cari 2nd hand.. macam biasela target org UK borong di carboot kalau ade. Even kat sekolah sendiri pun ade jual yg 2nd hand macam baju, jumper, seluar etc. Cuma for starter ni kitorang beli je yang baru utk Alham supaya dia rase happy ke sekolah dan kitorang pun turut ade feel yang sama.
Najah tgh tunggu abangnye balik sekolah

Hmm, dah anak start bersekolah ni.. timing kitorang as parents pun turut berubah. Kalau dulu boleh je leisure pagi2 kat rumah, sekarang dah kene readykan Alham pagi2. Siapkan dia dan bekalkan drink dan lunch. Barulah terasa seperti masuk fasa baru dalam menguruskan anak2. Ibu abah harap Alham jadi anak yang soleh dan excellent kat sekolah ye...Amiin..


Last Day at Pre-school

 

Dah alang2 ni, tempek sekali la story pasal hari terakhir Alham kat pre-school Paintpot bulan Julai lepas. Memandangkan plan kitorang untuk join kelana convoy overlap dgn last day pre-school Alham, so Alham 'habis' awal dari sepatutnya... senang cite kirenye pontengla hehe. Patutnya ada graduation day, tapi sayangnya tak dapat join. So ape yang dapat cuma gambar kenangan dengan teachernya (Mandy, Michelle & Kathy) dan best friendnya Luqman (dah balik Malaysia). Awalnya nak amik gambar Alham dengan kawan2 mat saleh yang lain, tapi tak dibenarkan sebab perlu dapat permission parents diorang untuk ambil gambar. Hmm.. punyela leceh. Mungkin diorang ingat nnti kite gunakan gambar diorang untuk tujuan lain. Takpela, nak buat camne, ape yang dapat jela buat kenangan Alham kemudian hari.

2 comments:

  1. cantik2 jgk gambar yg cik intan ambik ni. macam tak caye pakai compact camera. subject placement dlm gambar pun tepat, guna rule of thirds. ada bakat. mabeles!

    ReplyDelete
  2. Okla skit2 tu.. Byk lg nk kena xplore dgn org mcm bro din ni hihi. Tak nak bukak blog photography sendiri ke? Smbil layan hobi mana tau leh jd source income. Ke dah ade? Boleh kite tlg war2kn..

    ReplyDelete