2. Memandangkan jauh dari kampung halaman dan kurang terdedah dengan pendidikan agama di sekolah, atas inisiatif Sek. Malaysia dan keprihatinan ibu bapa, program seumpama ni diwujudkan. Anak-anak berumur 7 tahun ke atas sahaja yang terlibat.. mengambil kira kematangan dan kefahaman mereka serta memudahkan sesi pengajaran agar lebih efektif.
3. Beberapa fasilitator terlibat diagihkan kepada beberapa kumpulan. Program bermula dengan penerangan secara ringkas dan tayangan video berkenaan tatacara wuduk dan solat. Seterusnya, praktikal wuduk dan solat dijalankan dalam kumpulan masing-masing. Setelah itu anak-anak diminta melakukan praktikal solat secara beramai-ramai. Program diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah/cenderahati serta of course...jamuan tengahari.
4. InsyaAllah, plannya program macam ni akan diteruskan pada masa akan datang. Tempoh 3 jam dalam mengajar solat sure tak cukup untuk melengkapkan silibus yang sepatutnya. Tujuan program untuk mengajar
anak-anak cara solat yang betul serta memberi peringatan tentang pentingnya solat diharapkan tercapai. Tambah pula dengan kesibukan ibu bapa dan persekitaran yang asing, program macam ni boleh menarik minat anak-anak untuk mempelajari ajaran agama.
5. Actually Alham tak terlibat dgn program ni, umur dia baru masuk 4 tahun. Tapi kitorang datang jugak nk tgk macam mana aktiviti dijalankan plus tugasan masak nasi untuk lunch hari tu. Manalah tahu kalau Alham tengok abg2 & kakak2 tu solat, tergerak hati dia teringin nak belajar sama, boleh je selambe nak join time solat ramai2 tu. Tp attention die lebih nak main game & berlari-lari dgn kawan sebayanya pulak. Hhmmm...anak bujangku sorang ni...next time kena belajar tau Alham...
Tak sempat amik gambar Alham, dia sibuk main lari2 dgn member.. |
No comments:
Post a Comment