Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Wednesday, 13 July 2011

Had Fun @ Legoland

Salam semua,
Alkisahnya 28 Mei lepas hampir semua family di Soton had a great time kat Legoland, antara theme park yang terkenal kat UK. Atas inisiatif Sekolah Malaysia Southampton, trip ni diadakan sebagai sebahagian dari aktiviti sekolah. Kos tiket masuk dan pengangkutan bas ditanggung bersama oleh peserta dan pihak sekolah untuk mengurangkan sedikit beban masing-masing. Tiket masuk ke Legoland agak mahal dan trip yang dirancangkan ini amat berbaloi untuk semua.
with Captain Jack Sparrow.. mmg sebijik, gaya pun klon habis

Seawal 7 pagi beberapa family dan anak2 sudah pun bertolak ke Legoland dengan menaiki bas yang disewa. Kami sekeluarga pada awalnya merancang untuk turut sama menaiki bas, tapi last minit cancel dan kami bercadang menaiki kereta sendiri sahaja. Ini disebabkan kami baru sahaja tahu pada hari Isnin minggu depannya merupakan Bank Holiday dan kami ingin melawat ke tempat lain langsung pulang dari Legoland.  Ada cerita agak kelakar dikabarkan oleh rakan-rakan yang menaiki bas. Katanya tak jauh perjalanan bermula,

Thursday, 30 June 2011

Bowling Tournament 2011

Salam semua,
Kebelakangan ni asik cerita pasal life kat sini je kan. Entry resepi lama dah tak masuk. Bukan tak masak, cuma menunya yg biasa2 je. Actually byk lg cite yg pending tak masuk lg ni hmm. InsyaAllah, dah habis mana yg pending tu nanti2 kite post entry resepi lak yek ;)..

Just nak cite ringkas tntg tournament bowling yang dibuat bulan lepas anjuran MSA & KUS Soton. Postgrad & undergrad join sama, group pulak basically dibahagikan mengikut family angkat. So setiap group akan ada postgrad & familynya serta undergrad yg jd anak/adik angkat diorg. Ada jugak yg setup group bebas coz ahli family angkat xdpt join sama.
Group kitorang
So far programnya berjalan lancar macam tahun lepas. Yg join pn ramai. Cuma time main tu Najah pulak tak nak berenggang dgn ibunya. Bila sampai giliran sy kenala gilir2 ngan hubby dukung Najah. Alham pulak sibuk dgn kwn2nya kat tempat permainan game kat satu sudut dalam tmpat bowling tu.
Aksi adik angkat
Alham yg busy dgn game nya..
Program ni start pagi dan habis petang. At the end ada sesi penyampaian hadiah utk kategori2 yg dipertandingkan (tak ingat tahun lepas ada ke tak buat macam ni). Alhamdulillah, dapat jugak bawak balik hadiah walau pun tak menang kategori group. Hadiahnya dapat donut maker.. utk kategori Best Bowler (Lady) hehe. Mmg tak sangka.. Hmm, nampaknya next year if ada lagi bolehla try hard lagi utk maintain title tahun ni hehe..
Sesi penyampaian hadiah
Speech time.. pendek je
One of top group.. siap pakai sedondon lagi
Hehe.. tak sangka bawak balik donut maker for Best Bowler (Lady)

Sunday, 19 June 2011

Kunjungan Member Lama

Sekali lagi kami melayan tetamu jauh yang datang berkunjung menjenguk kami di UK ni. Coming all the way from Malaysia..khususnya from Kelantan, member lama dan teman bergaduh saya semasa study di Matrik Penang dulu hehe... Am Basheer dan wifenya Shahiniz datang melancong jalan2 kt UK. Nasib baik tarikh kedatangan diorang sesuai pulak time holiday kat sini (hari Jumaat time wedding Prince William & Kate dan Isnin pulak Bank Holiday). Lebih nasib baik, hubby pun baru lepas dpt lesen, so bolehla bawak diorang ronda2 mana2 tempat yg patut. Kalau tak terpaksa la angkut diorang ni naik train ke Portsmouth.

Diorang berdua ni masih boleh pegang title pengantin baru la kiranya sbb baru je nikah bulan Februari lepas. So dtg UK ni boleh kata honeymoon gak la ye Am hehe. Bermula dgn bermalam di London kemudian datang singgah kat Soton malam 1 May pukul 10mlm. Sanggup diorang naik bas from London jumpe

Thursday, 16 June 2011

Lesen UK Dalam Genggaman

Tak dapat nak bayangkan betapa rasa syukur dan leganya hati bila hubby pulang dari driving praktikal test 28 April lepas dan inform yang dia dah pass test tu. Satu ujian sudah Allah mudahkan untuk life kami di sini. Kalau saya rasa lega tak terhingga sebab lepas ni dah boleh merayau dgn bebas dan senang hati, apatah lagi la hubby yang kena ngadap sume test tu. Sebelum ni kereta kitorang lepak je tersadai kt parking dpn rumah, tak dpt brkhidmat sepenuhnya kat tuannya.

Rule kat UK pasal driving, lesen country asal foreigner hanya boleh dipakai selama setahun je. Lepas tu dah kena apply lesen UK. After 6 months tinggal kat sini dah boleh mula utk register ambil driving test from scratch macam kat Malaysia. Actually ada satu lagi cara utk dapat lesen UK without kene ngadap sume test ni, tp this other way kene thru jalan 'jauh' sikit hehe. Dua2 cara berisiko dan hubby decide utk just ambil test. Plus boleh jugak tambah ilmu dan observe cara drive kat UK. Kalau dilihat pada kos, ambil test lebih murah sikit, if sumenye lepas masa 1st test. Cuma kosnya akan jadi banyak bila kita fail test dan kena bayar lagi utk ambil re-test.

Start from daftar melalui pos berdaftar dan hantar ke DVLA (nama agensi yg bertanggungjawab), then pinjam atau beli buku utk study dan ambil test berkomputer. Test berkomputer ni ada dua segmen, satu yg ada pilihan A, B, C dan satu segmen lagi driving simulation (bayangkn spt kita drive kereta dan

Tuesday, 17 May 2011

Quest For Nando's

Kat Soton ni compare to London or tmpt lain, tak banyak wujud restoran fast food halal yang popular mcm KFC, McD, Pizza Hut etc. Kalau lalu depan kedai2 ni mmg telan liur je la, apatah lagi kalau ada aroma yang tersesat sampai ke luar.. hmm. If kempunan nak makan ayam ala kfc or pizza boleh beli kat kedai pakistan, atau pun singsing lengan masuk dapur masak sendiri hehe.

Dalam banyak2 restoran ni, cuma ada satu je yg provide halal food, NANDO'S. Itupun lokasinya xdela dekat sgt kat area city. Tempatnya located kat daerah lain dlm Soton, nama tempat tu Fareham. Last anniversary kitorg bulan Mac lepas ada plan nk celebrate kat Nandos ni. Saje tukar angin, celebrate kat luar rumah pulak. But last minute cancel sbb hubby kena siapkan paper conference yang due datenya selang 2/3 hari lepas tu. 

On the way to Fareham
Sehari lepas jalan2 kat London, hubby ajak gi makan pulak kat Nandos. Katanya nak tebus balik plan celebrate anniversary yg tak jadi tu. Disebabkn tgh tunggu test utk amik lesen, kitorg decide pergi naik train. Mulanya igt nk amik bas tp jadual pada hari Ahad balik ke Soton tak ade sampai petang.