Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, 9 September 2011

Ramadhan Berganti Syawal

Dah hampir dua minggu kita menempuh bulan Syawal tahun ini. Sepanjang bulan Ramadhan lepas cuba juga untuk curi masa menulis di blog tapi tak berkesempatan. Nak kate busy memanjang tak juga, tapi mungkin waktu siang diisi dengan babysit anak kawan, then malam yg pendek hendak mengejar berbuka dan solat terawih pula menyebabkan masa yang terluang dipenuhi dengan istirehat bersama keluarga.

Sebelum tu, di kesempatan ni rasanye tak terlambat nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua keluarga, sanak saudara, rakan taulan jauh dan dekat serta pembaca blog hamba yang budiman ;). Moga Syawal tahun ni membawa seribu erti dan kebahagiaan buat semua. Diharap dalam gembiranya kita meraikan Aidilfitri membuatkan kita rindu untuk bertemu kembali dengan bulan suci Ramadhan yang penuh berkah.  

Memandangkan tak sempat nak cerita apa yang berlaku semasa bulan Ramadhan tahun ni di Soton, saya rangkumkan sekali story puasa dan raye pada kolumn kali ni buat ingatan di kemudian hari :)..


Merasai Ramadhan Kedua Kalinya
Sekali lagi kami menempuh Ramadhan di UK pada waktu summer..waktu siang panjang, waktu malamnya pula pendek. Jadi jam puasa kitorg juga turut panjang berbanding di Malaysia. Permulaan puasa - subuh disini berakhir seawal pukul 3.40 pagi, maghrib pula bermula sekitar pukul 8.45 malam. Hmm..hampir 18 jam jugak kitorang berpuasa. Kalau diingat semula, puasa yang lepas sempat feel nak pengsan disebabkan lamanya menahan diri. Alhamdulillah, puasa tahun ni dah makin boleh sesuaikan diri berbanding tahun lepas.
Macam biasa disini ada iftar di Stoneham Hall setiap hari bersama dengan komuniti Malaysia dan Arab kebanyakannya. Makanan berbuka disponsor setiap hari atas sumbangan ikhlas komuniti Islam dan turut dimeriahkan dengan pelbagai potluck yang berbeza setiap hari dari komuniti Malaysia. Setelah berbuka diikuti dengan solat maghrib berjemaah, tadarus dan solat isyak serta terawih berjemaah, yang kebiasaannya habis sekitar pukul 11 malam ke atas. Komuniti Malaysia sempat bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa untuk komuniti Islam pada weekend minggu kedua berpuasa. Kami bersama-sama menyediakan menu nasi ayam untuk santapan semua dan amat lega kerana masakan kami menjadi dan laku ;). Begitu juga dengan hidangan yang dibuat oleh komuniti Indonesia minggu sebelumnya dengan menu nasi uduk dan kari ayam.
Bergotong royong menyediakan iftar nasi ayam

Seronoknya tahun ni, kami dapat melatih Alham berpuasa bersama. Walaupun pada awalnya agak payah nak menerangkan kepada Alham tentang puasa, berbuka, sahur dan sebagainya, tapi kelamaan dia memahami biarpun hanya sedikit. Menonton episod puasa di siri Upin & Ipin di Youtube berulang kali sedikit sebanyak membantu. Alham tak ikut bangun bersahur sebelum subuh. Disebabkan pada waktu malamnya dia tidur agak lewat kerana mengikuti kami solat terawih setelah mengaji di rumah dan kadang2 di Stoneham, jadi kami biarkan sahaja dia bersahur selepas dia bangun dari tidur pada siangnya, selalunya dah hampir tengahari juga. Apabila makan kami tekankan perkataan 'sahur' supaya dia dapat set dalam minda selepas itu dia tidak dibenarkan makan dan minum hingga berbuka. Setakat ini kami bangga dengan usaha Alham untuk menahan diri dari sekitar tengahari hingga waktu berbuka. Kami jangka dia mungkin bertahan selama 2 atau 3 jam sahaja memandangkan dia belum lagi menjejak 5 tahun dan juga ini merupakan tahun pertama berpuasa. Sikap Alham yang selalu ingin menang membuatkan dia berjaya melepasi waktu puasa. Selalunya jika Alham tidak tahan dan ingin berbuka, kami akan respon yang dia boleh berbuka tapi dia tak akan 'win' puasa pada hari itu. Mendengarkan itu dia dengan rela hati menahan semampu boleh. Bila tiba waktu buka, seronok melihat Alham makan seakan dia begitu appreciate makanan di depan mata, berbeza dengan sikapnya sebelum tu yang agak memilih dan payah disuruh makan. Kalau selalunya nak habiskan sepinggan nasi pun liat, time buka boleh pula tambah 2 pinggan. Alhamdulillah, rasa lega dapat tanamkan keinginan Alham untuk berpuasa dan excitednya dia apabila berbuka. InsyaAllah tahun depan boleh improve lagi performancenya.

Cerita pasal  preparation menyambut raya, memandangkan tahun ini kami tak request parcel kiriman dari Malaysia, jadinya nak tak nak kena juga rajin ke dapur untuk mewujudkan feel raya di sini. Dapat juga tangan ni menghasilkan sedikit adunan rempeyek, kuih makmur, tat gulung nenas (yang agak rapuh sikit tepungnya) dan kek lapis warisan nenek mertua (yang x berape menjadi hehe). Hmm..of course mana yg x capai standard tu kena try lagi sampai puas hati.
Rempeyek
Kuih Makmur
Kuih Tat Gulung Nenas
Kek Lapis Rempah

Alhamdulillah, puasa tahun ni berjalan lancar dan dipenuhi dengan aktiviti ibadah bersama keluarga. Moga Allah memberi kesempatan untuk merasai kemanisan Ramadhan pada tahun-tahun akan datang dan dihiasi dengan pengisian bulan suci yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Menyambut Syawal 2011
Sambutan Syawal di perantauan tak kurang meriahnya. Malam raya family kami dah pun berbuka dengan menu raya kebiasaan orang Johor seperti nasi impit, rendang daging, kuah kacang, kuah lodeh serta sambal goreng jawa. Setelah itu ade acara takbir raya di salah sebuah rumah rakan yang volunteer untuk

Sunday, 5 September 2010

1st Time Pengalaman Puasa di UK

Tinggal kurang seminggu lagi Ramadhan bakal pergi. Tak sedar pulak sekejap jek nak masuk Syawal. Tahun ni 1st time pengalaman puase kt UK. Boleh dikatakan agak tough sebab tahun ni puasa jatuh time summer/autumn. So jam berpuasanye mmglah lama. Ingat balik, 1st day puase, sahur habis dalam pukul 3.30am, maghribnye pulak dalam pukul 9.05pm. Huh, dalam 16jam puase. Minggu awal puase agak pedihla jugak perut nih. Kalo terlajak tidur,then tak bangun sahur, alamatnye time kul 7pm perut dah berangin, kepala pulak pening. But then, dah tak bother sgt dah coz time sahur and buka dah makin cepat. Alhamdulillah...

Pengalaman berbuka tentunye berbeza. 1st thing, sume juadah puase kene masak sendiri. No more bazar ramadhan or eating out at hotel or whatsoever. Time ni ape yg teringin dek anak tekak sumenye kene buat sendiri. Actually bukan time puase je, hari2 lain pun sama jugak. Cuma bulan puase nih mengidamnye lain macam skit, agaknye sbb dah seharian berpuase. Yg agak mudah kt sini, waktu maghribnye agak lama sebelum sampai waktu isyak. So, bile berbuka tu tak terkejar-kejar nk solat maghrib, compare dgn kat Malaysia. Jadi time berbuka agak selesa. 

Bila puase time summer nih, waktu siang lama, waktu malam pulak sekejap. So, belum pun sempat rase kenyang hilang time berbuka, dah kene makan sahur pulak. Kalo tak sahur, nnti tak tahan pulak puase esoknye. Jadi disadvantagenye, kite tak sempat nak merase byk makanan malam tuh hehe. Tp untuk yg plan nk berdiet, ini mmg time terbaik. Kalo nk diikutkan berjaya jugak la turun beberapa kilo - ke tahap yg tak pernh tercapai sebelum ni =). Hmm, adakah akan bertahan beratku ini? Tunggu dan lihat jela bile dah raya nnti....huhuhu...

Bila fikirkan Ramadhan dah nak habis, terfikir jugakla ape lah amal ibadat yang dah dibuat sepanjang Ramadhan nih. Azam diri nak memperbaiki diri mana yg cacat cela tp rasenye target masih tak kesampaian. Godaan syaitan time puase nih for surela takde, jadinye kene salahkn diri sendiri coz tak mampu nak kawal diri dan tetapkan azam dan disiplin. Solat terawih kdg2 tak dapat nak cukupkan 8 rakaat coz kekangan menjaga anak2, dan yang pentingnye Malass...! Bangun qiam pun dah nak dekat2 sahur, jadinye dpt buat sikit je dan tak berape khusyuk. Belum lg ditambah dgn kawal marah dan sabar terhadap suami & anak2. Hmm, kalo lah ade chart yg boleh monitor pahala puase bulan Ramadhan ni, agaknye byk btul pahala yg dah kurang. Aduhai...Ya Allah, berikanlah kesempatan untukku menjenguk Ramadhan kali yang lain dan bantulah aku menjadi hambaMu yang lebih baik dari hari semalam...Amin..