Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.
Showing posts with label HerStory. Show all posts
Showing posts with label HerStory. Show all posts

Friday, 1 June 2012

Amni.. A Few Months After

Salam buat semua,
Hmm, lamanya tinggalkan blog ni tak ber'update'. Saat ni dah masuk bulan keenam 2012.  Alhamdulillah, that is also means my 3rd child just entered her 5th month aged. Hmm..maybe ni nmpak macam ayat klise, but like some people always say, "Rasa macam baru semalam je bersalin", and the truth is.. the feel I have this time is exactly the same. 

Still rasa tak percaya yang ketika ini Allah telah kurniakan kami dgn 3 anugerah yang comel2. Rasa syukur tak terhingga walaupun kadang kala tak menang tangan nak uruskan kerenah 3 orang sekaligus. Waktu siang.. perasaan seronok, happy, geram dan stress melayan anak2 bercampur baur. But then when bed time comes, yang ada hanyalah rasa kasih sayang yang melimpah ruah melihatkan wajah sorang2 yang nyenyak tidur kepenatan.


Bila difikirkan semula sejak mula sakit bersalin hingga mengharung tempoh pantang sendiri, banyak yang Allah dah mudahkan jalannya untuk kami. Dan untuk itu, saya ingin ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersyukur dgn nikmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Walaupun hambaNya ini sering saja lupa dan hanya teringat untuk memohon apabila ketika susah, namun tidak bagi Dia Yang Maha Mengasihani. MasyaAllah, bila sendiri baca rasa macam teruk betul perangai ni dengan Allah. Ya Allah, tetapkan imanku dan jadikan diri ini supaya sentiasa mengingatiMu... Amiin.

Pengalaman berpantang sendiri bukan lagi agak.. tapi sememangnya memang mencabar. Semuanya kena dibuat sendiri. Yang penting time ni pertolongan dan support dari suami teramatlah diperlukan. Syukur, hubby banyak berkorban menguruskan si ibu yang berpantang dan juga anak2 walaupun dalam keserabutan untuk catch up balik research yang dah lama ditinggal. Minggu2 awal berpantang, hubby yang uruskan hal rumahtangga dari menyediakan breakfast, sekolah Alham, melayan Najah yang agak meragam sejak ada adik and etc. Alhamdulillah, nasib baik komuniti Malaysia di Soton ni turut menghulurkan bantuan menyediakan makanan setiap hari secara bergilir-gilir untuk kami selama 2 minggu pertama. Without their helps, lagi kelam kabut agaknya hubby nak menguruskan kami berempat, tambah lagi dalam keadaan sejuk menggigil time winter ni. Dalam 'kemanjaan' berpantang, saya pun notice yang saya tak boleh nak terlalu bergantung kepada hubby untuk siapkan itu ini. Jadi masuk minggu ke2, saya dah pun bergerak untuk mencuci pinggan dan baju, mengemas rumah dan menolong mana yang termampu. Masuk minggu ke3, saya dah pun sepenuhnya memasak dan buat kerja rutin biasa, cuma takde la kerah sangat badan ni macam time kite sihat. Saya seorang yang agak 'fragile' dengan disiplin, disebabkan berpantang sendiri dan takde org monitor.. so bab pantang makan tu ada jugakla yang dah terlanggar ;), and bila dah buat itu ini kadangkala ter'off' untuk pakai bengkung (buat pengakuan kat sini hehe). Hmm, harapnya takde apa2 masalah in the future akibat dari dah langgar pantang larang tu. Uissh, seram jugak.. bunyinya dah macam cite zaman dahulu kala yang kena hukum bila tak ikut pantang larang. Haii, kene tebus baliklah macam ni... sebelum terlambat.
 
 

Rupa Amni dah byk berubah, makin tembam.. tangan dan kaki pun dah nampak berlipat2. Kalau masa newborn mukanya ada iras abangnya, sekarang dah kurang skit, more on her own brand face. Ada jugak kawan2 yg visit kata macam muka ibunya. Rasa happyla skit coz selalunya org cakap asik muka abahnya je hihi. Orangnya senang betul tersenyum.. kalau agah/usik dia sikit, cepat je dia tergelak. If time tu rasa stress, marah or penat, semua perasaan negatif tu terus je hilang entah ke mana once melihatkan Amni yang tergelak comel kiut je kat kita ;). Tak dapat nak bayang rasa bahagia masa tu.. too adorable!

Selain mintak menyusu, budaknya tak banyak meragam waktu malam.. so dapatlah jugak ibunya tidur sekali lepas habis menyusu. Cuma sedikit challenging dgn Amni ni, dia kerap dan senang muntah susu pd 3-4 bulan pertama. Muntahnya pula banyak, menyembur keluar macam air paip. Kadang2 tu penat juga menukar baju sampai 3 kali sehari sbb habis basah lencun dgn muntah susu Amni. Agak merisaukan jugak bila tgk keadaan camtu, tp bila refer kat doktor so far kalau Amni takde allergic, seharusnya takde masalah yg perlu dirisaukan. Katanya mmg sesetengah baby tahap penghadamannya berlainan dan simptom ni akan stop kemudiannya selari dengan tumbesaran Amni. So mungkin Amni ni perlu ditepuk lebih lama setelah menyusu, tak boleh terlalu lapar dan juga terlalu kenyang. Sekarang dah masuk bulan ke-5, masalah muntah susu ni dah pun dapat Amni atasi ;).


Oklah, rasanya setakat ni dulu ye kita bercerita. 'Handbag' dah tiga ni quiet handful pulak lately, nak mengadap depan lappy lama2 pun tak berapa senang, but I always miss to jot down something here. InsyaAllah nnti saya story kn pula pengalaman mengandung dan persiapan bersalin di negeri orang ;). Till we meet again here. Assalamualaikum..

Thursday, 20 October 2011

Najah, Aged 2

Salam semua,
Moga sihat semuanya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk melihat anak2 membesar dgn sihat, bijak dan riang ria di depan mata. Tanggal 14 Oktober lepas.. Najah, my 2nd child mencecah umur 2 tahun. Alhamdulillah, pada usia ini Najah merupakan si kecil yang aktif, petah dan cerdik. Walaupun secara fizikal tubuhnya agak comel berbanding budak seusia, namun apa yang penting dia sihat walafiat.. sama seperti abangnya. 

Bila tiba date hari lahir anak, selalunya mesti terkenang betapa cepatnya mereka membesar. Rasa seperti semalam baru melahirkan mereka.. dan for sure bila teringat mesti rasa sebak. Ini baru umur setahun jagung, time diorang masih bersama kita dan kata orang masih 'dibawah ketiak ibu abah'. Apatah lagi nanti bila mereka dah mula bersekolah tinggi dan mulai mengorak haluan hidup masing2. Time tu mesti rasa rindu nak patah balik ke zaman diorang masih kecil. Apa yang diharapkan moga Allah beri kekuatan untuk kami ibu bapanya mendidik mereka ke jalan yang betul supaya menjadi manusia yang berguna kelak. 

Najah lahir overdue seminggu dari date yang ditetapkan. Abangnya juga begitu. Mengandungkan Najah, saya tidak melalui terlalu banyak kesukaran. Disebabkan dah mulai bekerja, pada awalnya risau juga jika terpaksa menempuh mabuk2 dan morning sickness yang panjang seperti kelahiran pertama. Bekerja di kilang swasta dengan cuti tahunan dan faedah pekerja yang agak terhad boleh menjejaskan prestasi kerja jika sering memohon cuti. Namun, alhamdulillah Allah mudahkan jalan hambaNya. Sepanjang waktu bekerja, saya jarang mengalami pening dan muntah2. Cuma sedikit keletihan dan selalunya pening menyerang ketika sudah pulang dari kerja. Begitu juga kerja2 dirumah seperti memasak, mengemas dan sebagainya boleh dilakukan seperti biasa. Sesuatu yang selalu jadi ingatan saya dan hubby semasa dalam kandungan, Najah agak 'pemalu' sehingga 2 kali menjalani ultrascan pun kami masih tidak tahu jantina anak. Posisinya ketika itu (dua belah kaki tertutup rapat) tak membenarkan kami untuk mengetahui samada baby boy or girl. Jadinya hanya setelah dilahirkan barulah kami tahu ianya baby girl. Walaupun jika diikutkan tekaan orang2 tua melalui size dan shape perut, mereka dah boleh agak itu adalah perempuan. 
Simple cake with love

Pengalaman bersalin pula memang tak boleh dilupakan. Kata orang kerenah anak lain2. Setelah cukup seminggu masih selesa di dalam perut, Najah dilahirkan dengan cara 'induced'. Walaupun rasa sakit bersalin hampir sama dengan cara kelahiran sakit normal, namun yang membezakan adalah disebabkan ubat yang diberi menyebabkan kontraksi rahim sebelum kelahiran berlaku agak kerap dan panjang sebelum menunggu laluan terbuka sepenuhnya. Menahan sakit kontraksi membuatkan seluruh tubuh menggigil hingga akhirnya keletihan jika berlaku terlalu lama. Itulah dia.. mempunyai beberapa orang anak, masing2 melalui pengalaman yang berbeza. Belum lagi dugaan setelah melahirkan Najah dengan jahitan kelahiran sedikit terkoyak, tumpah darah yang agak banyak, Najah kena penyakit kuning dan kelam kabut urusan sambung belajar hubby pada masa yang sama sehingga terpaksa berjauhan sebentar dengan hubby yang dah pun berlepas ke UK dalam masa pantang. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan bantuan dari keluarga, semuanya ditempuh dengan baik.

Perkembangan Najah pada ketika ini amat memberangsangkan. Dikurniakan sepasang anak, tumbesaran anak lelaki dan perempuan ada sedikit perbezaan pada certain places and character. Bukan niat nak membandingkan dari seorang anak dengan anak yang lain, kerana masing2 punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Apa yang tercoret disini cuma untuk tujuan memori pada masa hadapan, untuk mengenang tabiat dan kelakuan anak2 ketika kecil sebab kadangkala apabila kita bercerita semula kelak, kita terlupa certain part kerenah mereka waktu itu. Orang kata keupayaan anak perempuan bermula agak awal dari anak lelaki dan untuk anak2 saya, sememangnya begitu. Banyak juga patah perkataan yang dapat diikut dengan senang apabila diajarkan kepada Najah dan dia mudah untuk terima pembelajaran baru. Orangnya kerap mengunyah dan pantang nampak makanan hihi.. kadang-kadang tu agak susah memenuhi demand si kecil ini kerana apabila ke dapur sering saja merengek meminta itu dan ini yang kita sendiri tak pasti apa yang diinginkannya. Namun begitu, pemakanannya tak susah diatur sebab dia boleh makan apa saja termasuk pelbagai jenis buah, sayuran malah makanan yang sedikit pedas pun boleh disuakan saja. Mungkin disebabkan itu juga penghadamannya agak baik, setiap hari lawas. Nak suruh wash ke toilet juga tak byk kerenah. Kalau melihat karakternya ketika ini, apabila datang moodnya Najah boleh dikatakan agak garang, sometimes tak mahu mengalah dan tak nak share things dengan abangnya. Cepat je merajuk bila kehendak tak dilayan, but other than that she knows if we're mad at her when she was doing something wrong and she say sorry. Pada tahap ini, dia sedang excited untuk explore sesuatu yang baru dan kalau boleh nak buat semuanya sendiri tanpa perlu dibantu. Pantang melihat kita hendak bersiap untuk keluar, dia juga turut seronok dengan menunjuk sambil mengatakan 'jaket'nya dan memakai kasut.. sama seperti abangnya ketika kecil. Tak terlarat nak cerita semuanya di sini, ini adalah sebahagian gelagat anak2 yang boleh membuatkan kita tersenyum bila mengenangkannya di kemudian hari.
Alham can't wait to taste the cake

Dah jadi panjang pulak entry kali ni, tetibe je datang idea nak menulis. Ok lah, birthday Najah kali ini buat simple je macam selalu, buat sedikit kek coklat strawberry dan celebrate dengan family je. Macam biasa acara potong keknya pun dah malam coz tunggu abahnya pulang dari ofis. Nak diikutkan abangnya Alham yang tak sabar2 nak makan kek dan asyik mention "Nanti ibu buat birthday kek Alham in Disember with Yayi and Nyayi in Malaysia ye..". Ada bait sedikit jealous dalam permintaannya.. maklum la umur seperti Alham sudah pandai memahami betapa specialnya birthday. Ikutkan plan asal bercita2 nak buat princess cake, siap dah menimba ilmu dgn sorg akak yang stay kat New Zealand yang selalu buat kek tu. But on the big day, terfikir balik yang age sekecil Najah belum lagi pandai menghargai sesuatu yang istimewa sebegitu. Last2 jadila kek coklat strawberry ;)...

Buat Alham juga Najah, ibu dan abah doakan segala yang terbaik di dunia dan akhirat untuk anak2 ibu abah. We both love and always pray for you. Moga setiap dilakukan sentiasa dalam berkat dan lindungan Allah s.w.t. Amiin...

Sunday, 31 October 2010

Happy 1st Birthday, Najah!!

It's been half month away after we all celebrating 1st Najah's birthday...on 14 Oct 2010. Ini pun dh nak masuk bulan November. Sori banyak2 ye Najah, baru ni ibu menyempat nak cerita pasal birthday Najah =)..
You're already my 1 year old daughter, dear. Cepat je masa berlalu...
Birthday Najah yg jatuh pada hari Khamis membuatkan persiapannya agak clumsy sikit, maklumla..weekday. Kebetulan, family En. Zikri akan bertolak pulang ke Sweden pagi tu, jadinya start from the morning dah agak busy uruskan itu ini. Right after that, babysit one of our friend's daughter till evening. Sudahnya, agak terkial-kial jugakla org yg amatur macam kita ni bercita-cita nk buat kek sendiri hehehe...
Taaraaaa!!!!...1st Najah's birthday cake =)...

Kisah Kek yg Tak Berapa Nak Jadi...=)
  • Before Najah's big day, ada la buat sikit research/study nak buat kek apa. Hubby dah suggest buat kek coklat je, like the one I've made before. Tapi hati ni tak terasa plak nak buat kek coklat, coz teringin nk try something new. 
  • Habis punye fikir, hemtam jelah...buat kek pisang...lagi pun tak pernah try lagi. Nak jadikan special sikit, marblekan die dgn coklat. 
  • Hmmm...jadi, itulah dia hasil kek ibu buat 1st birthday Najah hehe. Kalaula Najah dh pandai cakap, mesti banyak yg dia nk complain hihihi...apsal la kek Najah tak serupa birthday kek org lain.
  • Kalau nk describe about the taste of the cake, hmmm...biarlah jadi rahsia antara family kitorg je huhuhu. But to give rough idea, hubby bilang rasenye mcm Secret Recipe..'padat semacam' hahaha...(ada ke nk perli pn boleh compare dgn Secret Recipe..)
  • Tentang dekonye, just buat ikut apa bahan yg ada kt rumah je. Nak ikut class kek belum seru lg, hasilnya...bahan2 yg ada kt rumah yg jd mangsa. Wording pakai cheese spread (kek yg dulu pakai mayonis), tepinya pula just pakai cream spray (selalunya cream tu kita makan dgn strawberry). Memule tu cantikla kt atas kek, after that creamnya mencair. Time ni dah tak kesah dah keknya nk jadi rasa apa, ke langit ke laut, yg den tau, asalkan cantik hehehe...


Alham yg dh xsabar nk potong kek, tp kene Skype dulu dgn family kt Melaka


Akhirnya..sesi potong kek. Lambat juga tunggu nak potong kek ni coz abah balik dari ofis pun dh malam..


Tak ketinggalan, Najah celebrate birthday dengan Yayi, Nyayi, A'mi Faisal & Acu Hikmah di Melaka. The day before, Yayi dh mentioned & insisted to see thru Skype, how was their grandaughter with her 1st celebration. Yg kesiannya, terpaksa kejutkan Nyayi yg dh sedap tidur coz time tu dah pukul 1pagi hehe. Dengan mengantuknya Nyayi bangun coz nak tengok sama Najah potong kek. Sian Nyayi...

Alham pulak macam biasa dah xsabar nak melantak kek. Semua belum setup lg, tp dia dah melulu nk potong kek. Hehehe...tetibe terfikir, apa la yg si kecil Alham tau tentang rupe & rase kek yg ibu die dah buat. Yg die tau seronok dan dpt makan je. Najah pulak, dh jadi tabiat die, pantang nampak makanan or minuman dpn mata.. terus tak tentu arah. Boleh tahan betul selera makan Najah sekarang, tp orangnya still maintain kecik comel je camtu =)...



Wednesday, 15 September 2010

1st Word Najah

HBaru2 ni mulut Najah giat membebel itu ini =). Sejak dua lg gigi atasnya baru nk tumbuh, mcm2 plak yg dibisingkannya hihihi...

These are some of the words yg terpacul dr mulut Najah;-
  •  Abah..
  • Abanggg..
  • Maaa..
  • Aa-Dahh (biasenye word ni keluar time die excited nmpk makanan =)..)
 Hmmm...but, the most important word yg Najah belum lg ckp is IBU!.. Aduhai Najah..nama ibu jugak yg keluar last, sama mcm abg Alham..bilela ibu nk dengar Najah panggil ibu nih..isk3x...