Malangnya kat Soton belum ada lagi KFC halal. Paling dekat pun kat Surrey. Kitorang pernah makan kat sana tapi kalau tak silap tak ada side order coleslaw. Hubby yg mmg hantu coleslaw (compare to whipped potato), rase kurang feel la skit. Jadinya, cari punya cari, bermulalah usaha sang isteri nak memenuhi tekak orang yang mengidam kfc kat rumah ni =)...
Kat sini saya just bagi resepi coleslaw & kentang putar je yek. Kalau resepi ayam gorengnya mungkin boleh adjust sendiri untuk style original/spicy dicelup dgn telur & tepung. Paling cepat, pakai tepung segera kfc di mana-mana kedai berdekatan hihihi...
Selamat mencuba!!
COLESLAW
Tak ingat dah dapat resepi ni dari mana (maaf ye tuan punya resepi). Hasil coleslawnye mmg sebiiik macam kfc punye. Thumbs up to him sbb berjaya alter itu ini sampai menjadi coleslawnya mcm kfc.
Bahan-Bahan;-
- Carrot (dipotong dadu, kuantiti ikut suka)
- White cabbage/kobis (dihiris dadu, kuantiti ikut suka)
- 2 sudu Mayonis
- 1 sudu Fresh milk
- Sedikit garam
Cara:-
a. Kesemua bahan digaul bersama dalam bekas polistrin @ sewaktu dengannya. Kuantiti mayonis dan fresh milk depends on berapa banyak veggie yg kita letak. Kalau terlebih akan jadi cair, kalau kurang tak cukup pulak jadinya. So, kesimpulannya agak-agak hehe..
b. Simpan & tutup dalam bekas polistrin dan disejukkan dalam fridge selama 3 jam atau lebih (supaya semua bahan diperap sebati dan sayur menjadi lebih lembut).
c. Setelah itu sedia di makan.
KENTANG PUTAR (WHIPPED POTATO)
sumber ujenzz (MyResepi)
Bahan-bahan (10 biji kentang):-
- 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
- 1 sk lada hitam di tumbuk halus
- 1/2 cawan fresh milk
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Rebus kentang dgn sedikit garam
- Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
- Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
- Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
Sos Kentang Putar (sumber daunpandan (MyResepi)
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
- 650 ml air
- 5 sudu besar stok ayam jenis cecair (brand Maggi pn boleh). Kalau pakai kiub, 1 pun dah cukup. Boleh juga ganti dgn air rebusan ayam.
- 1 biji bawang besar - cincang
- 1 batang saderi - cincang
- 40 gm mentega
- 20 gm tepung gandum
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap pekat
- garam
Cara-cara
- Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk. Ambil air tapisan sahaja.
- Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
- Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
- Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
- Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
hi intan...
ReplyDeletenampak macam tak susah nak cari raw material kat sana aek..
ape khabar orang jauh...
:)
ni kak haniza teac ke (sori coz ade 2/3 member nama sama)...
ReplyDeletekat sini nak cari bahan mentah semua so far xde masalah, banyak kedai pakistan halal, setakat ni mana yg teringin nk makan boleh masak sendiri. cuma ada bbrp bahan yg xde tu, pandai2 alter dgn bhn lain...
alhamdulillah, kitorg kt sini baik2 aja =). org sana amcm plak...=)
intan KFC satu set.. hihiiiihi hantar Yokohama ye... tula bila jauh semua pandai buat sendiri.. balik nanti serbu kfc balik.. ihiks2.. sedap nampak set intan tu..
ReplyDeletekalaulah ada pintu doraemon, bleh aja sy pas kfc direct terus ke pintu rumah akak hehehe. kt tempat akak ada kfc halal tak?..
ReplyDeleteintan, ni haniza member satu skolah kat segamat.ingat tak.mak kite satu tempat keje..ehehe
ReplyDeleteHai niza =). sure still ingat lg kat awk. yg kite mention ade member nama sama tu awakla. skang tinggal kat mana?? mak apa khabar??
ReplyDeleteAsmkm nak tanya, utk sos kentang putar tu, 5 sudu stok ayam tu yg dh taruk air ke atau yg ketul lg?
ReplyDeleteWaalaikumussalam dja azis,
DeleteOoh, sori xberape clear arahan kt atas. 5 sudu stok ayam tu utk yg jenis cecair. If pkai kiub sy rasa 1 je pun dah cukup. Kalo x pun, boleh pakai air rebusan ayam. Sblm letak garam rasa dulu coz stok ayam n sos tiram dah masin. Nnti sy edit blk kt resepi. Hope this helps. Thanks :)..
Sedap resepi intan ni..bahan pun tak sukar nak cari..
ReplyDeletetkasih ;)
Deletehai akak currently sy study kat soton and terana nak buat roti cheese and coleslaw mcam kat susu shop tu, jumpa akaun akak org soton juga. huhuhu. thnks for the recipe. will try that soon :)
ReplyDeletehai dik. sori lmbt perasan comment awk. currently amik course ape? tak ramai dh sotonian yang akak kenal kat sana, coz ramai yg dh balik. anyway, gud luck with the coleslaw ;)
DeleteSalam.. nk tnya lps toskan kentang tu, nk kisar kentang tu bg hncur bleh guna blend biasa tu x ?
ReplyDeleteSalam.. nk tnya lps toskan kentang tu, nk kisar kentang tu bg hncur bleh guna blend biasa tu x ?
ReplyDeleteKentang putar tu sedap, resepi coleslaw tu saya ubah sikit, tak pakai susu.
ReplyDeletebest ke kalau tak letak susu? ��
ReplyDelete