1. Since semua dah ada kat hujung jari ni, peluang terbuka luas untuk orang makin jadi pemalas (amik langkah mudah salahkan teknologi dari diri sendiri hehehe..). Click je kat internet semua ada depan mata. Sekarang nak shopping grocery pun just letak punggung kat kerusi pastu cari je barang ape nak. Tinggal tunggu orang hantar depan pintu rumah je.
2. Dulu masa hubby operate lutut dan masih dalam recover, lama gak kitorang ni tak gerak kemana. Tambah pulak masa tu, lesen yang ada dah tak valid lagi nak drive kereta and dalam proses apply lesen UK. Kalau ada hal pergilah jugak ke city naik bas sekali-sekala. Kereta kitorang pun lama dah tersadai kat depan rumah, tapi yang syoknya minyak dapat jimat banyak. Walaupun camtu, ada gak kadang-kadang gamble je drive ke tempat yg dekat dgn area rumah, time nak pergi rumah kengkawan or pergi kedai halal. Cuak sebenarnya nak bawak jauh-jauh ni, takut kena tahan dengan polis. Tak pasal-pasal kena urus itu ini. Itu yang time weekend je memang telan liur lah tak dapat jamu mata kat carboot.
3. Selalunya kitorang shopping grocery kat Asda, Eastleigh (supermarket besar paling dekat). Nak pergi supermarket ni lebih kurang dalam 5-10 minit drive. Barang-barang lain top-up beli kat kedai Pakistan kat pekan or city. Walaupun hubby boleh drive, tapi pergerakan kakinya masih terbatas. So, kalau nak pusing keliling cari barang kat Asda tu beberapa lama memang agak payah.
4. Nasib baik jugak sekarang ada sistem shopping online. Untuk orang yang dalam keadaan macam kitorang ni, serba-serbi terbatas.. cara ni amatlah membantu. Register kat web, then dah boleh pilih and beli barang-barang yang ada. Lepas tu boleh booking delivery slot yang kita nak. Delivery ni kena caj, harganya vary. Kalau weekdays biasanya harga dalam GBP 2.50-3.50. Kalau hantar weekend boleh naik sampai 5 pound. Tapi tak kesahla pasal delivery tu, nk cepat hantar kenela bayar lebih skit, ye tak. Tapi nak ceritanya memang boleh layan shopping online ni, silap2 tak perasan dah melambak je barang yang kita penuhkan dlm trolley online tu. After dah checkout bayar ape sume, kita tinggal tunggu jela staf Asda ketuk pintu bawakkan barang2 kita. Dari sayur, buah-buahan, pampers, toiletries, tepung, gula dan macam2 lagi yg kita selalu beli boleh dibuat online je sekarang. Cara ni mmg boleh jimatkan masa, memudahkan untuk sesiapa yang ada kekangan atau tak punya pengangkutan ke supermarket dan sebagainya.
5. Tak pasti lah kat Malaysia sekarang dah diwujudkan ke tidak sistem belian barang harian secara online ni. Kalau Tesco, Mydin, Giant dan lain-lain supermarket ingin (atau) telah buat inisiatif sebegini, saya kira banyak juga memudahkan pelanggan-pelanggannya di samping memberi pilihan cara shopping yang pelbagai, khususnya bagi golongan berumur dan senior, kumpulan pekerja/korporat yang sentiasa busy dan sebagainya. Tambahan pulak dengan sistem pengangkutan awam di Malaysia yang kurang menyeluruh ke semua tempat dan masa, cara ini banyak memberi manfaat untuk golongan yang berkenaan.
6. Saya noticed ada beberapa pihak/web di Malaysia yang dah cuba memulakan sistem sebegini seperti Doorstep, Virgrocery, Redtick dan lain-lain lagi. Mungkin ia masih terhad dari segi target area dan barang yang ditawarkan, namun ia percubaan yang bagus untuk membuka mata umum tentang perkhidmatan sebegini. Adalah lebih menarik dan lebih sesuai jika kumpulan brand supermarket yang terkenal mewujudkan pasukan shopping online nya sendiri. Dengan ini pelanggan akan lebih rasa yakin dan selamat untuk terus membeli-belah.
7. Tapi dari sudut yang lain, kalau selalu sangat praktis shopping online ni boleh buat orang yang malas pun tambah malas. Dari ada 3-5% untuk exercise ringan-ringan sambil jalan belek-belek barang dari satu rak ke rak, terus peratusnya jadi zero disebabkan hanya duduk bertapa depan komputer memilih barang dari rumah. Aktiviti sosial bercampur dengan orang dan melihat persekitaran luar pun semakin hilang. Hmm, itulah dia. Di samping tak menafikan kemudahan yang diperkenalkan kepada umum daripada grocery shopping secara online ni, banyak juga faktor lain yang terkesan kepada akibat buruk. Konsepnya mudah je, sesuatu yang kita lakukan tu kena ada batasannya dan juga bersederhana. Jika kita melampau dan berlebih-lebihan, benda yang baik pada awalnya akan nampak buruk akhirnya.
Just my one cent thought ;)..
post yang menarik. harap dapat kunjungi Online Grocery store kami di http://www.matruncit.my/ yang menawarkan barangan pada harga yang sangat berpatutan..
ReplyDeletethanks for reading the post :). that is just my experience in UK. nice effort bg matruncit.my mewujudkan pilihan membeli belah kpd pelanggan di Msia. Semoga success dan terus memberikan servis yg membanggakan.
Delete