Pages

Sunday, 5 August 2012

Kuih Keria

It's been ages since last time saya masukkan resepi dalam blog ni. Teringin sgt nk update tp apakan daya, penyakit malas lebih bermaharajalela hehe. Oklah, utk warm up entry, saya sisipkan resepi kuih keria or kalau tak silap ade yg panggil kuih gelang (mostly yg sy jumpe panggil keria, tak tahulah kat side Malaysia yg lain).

Sejarahnya kuih keria ni jadi one of my favourite since saya kerja kat kilang TEAC, Melaka. Sebelum ni biasa2 je minatnya, tapi ade sorang makcik kantin kat TEAC ni buat kuih ni punyalah lembut. Sejak tu if time break, kalau dia buat kuih ni.. tak tunggu lama, mmg cepat je rembat. Since then saya mmg admire kuih keria yang lembut, apatah lagi jika sira gulanya tidak terlalu banyak, so bile makan tak la rasa manis sgt.


Bila dah merantau ni, beberapa percubaan dah pun dilancarkan kat dapur sendiri untuk buat kuih keria yg lembut. Byk kali jugak la buat eksperimen.. terkadang ok, terkadang keras, terkadang adunan terlalu lembik smpai payah nak shapekn dia jd bulat dn macam2 lagi la halangan yg ada. Setelah a few times cuba, akhirnya berjaya juga saya seal kan cara untuk dapatkan keria yang lembut ni. Alhamdulillah, ini untuk note sy di masa depan dan juga buat sesiapa yang ingin mencuba. Kalau ada guest mat salleh dan tercari2 menu yg sesuai utk dihidangkan, kuih keria ni bolehla masuk dalam list. Saya dah pun buat kuih ni 2 kali untuk diorang and so far mat2 and minah2 salleh berkenan dgn tastenya. 

Silakan try.. diharap berjaya ;).


Bahan-bahan:
i.    2 biji keledek (saiz sederhana spt gmbr dibwh) 
ii.   4-5 sudu penuh tepung gandum
iii.  sedikit garam
iv   untuk menyira - 2 sudu gula + 2 sudu air (sekali sira cukup untuk 7-8 biji keria, medium saiz)
Kat UK ni ade 2 jenis keledek; warna purple dan light oren.
Biasenye sy guna yg warna purple, color isinya sama mcm biasa. Kalo guna yg light oren pn boleh, tp isi die nnti dpt warna oren gak ;). But so far taste nye ok je.


Cara-cara:
1. Rebus keledek hingga empuk. Setelah empuk, angkat dan biarkan seketika. 
2. Agak-agak keledek sudah sedikit sejuk, lenyekkan ia. Letak sedikit garam (jgn byk sgt) dan lenyek lagi hingga habis.
3. Campurkan 4-5 sudu penuh tepung gandum dan gaul sebati. 
4. Jangan risau jika adunan agak lembik dan melekat.  Standby sedikit tepung dalam satu pinggan. Apabila hendak mulai membentuk keria, lumurkan keseluruhan tangan dengan tepung tadi. Ambil kira2 segenggam adunan dan rolling kan ia di tapak tangan sehingga jadi panjang dgn ketebalan yg bersesuaian (seperti cakoi). Cantumkan kedua hujungnya untuk menjadi bentuk bulat spt tayar. Jika masih melekat, ambil lagi sedikit tepung dan salutkn pd adunan.
(p/s: Adunan tidak boleh mengandungi terlalu banyak tepung untuk mengelakkan ia menjadi keras apabila digoreng nnti. Jadi pada saya anggaran keledek dan tepung ini sudah molek untuk hasil keria yang lembut). 
5. Panaskan minyak untuk menggoreng. Goreng keria dan angkat sebaik sahaja ia golden brown. 
6. Untuk menyira: Panaskan kuali non-stick. Masukkan 2 sudu gula diikuti 2-3 sudu air.
7. Tunggu sehingga ia berbuih dan masukan keria yang telah digoreng tadi (anggaran 7-8 biji). Gaul sebati sehingga semua gula melekat pada keria.
8. Setelah semua gula disalut, padamkan api. Teruskan menggaul keria hingga gulanya menjadi keras rata pada semua kuih. Angkat dan sedia dihidang.


Selamat mencuba..:) 

No comments:

Post a Comment