Pages

Monday, 21 March 2011

Gempa, Tsunami dan Pencemaran Radiasi di Jepun

Assalamualaikum semua,

Bermula 11 Mac lepas hingga melarat ke beberapa hari kemudiannya, penduduk di Northeast Jepun mengalami musibah alam yang cukup besar. Dari gempa bumi yang berskala tinggi, bantaian tsunami yang hebat hingga boleh 'menyapu' deretan rumah-rumah dan kemudian ancaman radiasi akibat dari letupan loji nuklear. Khabarnya kawasan yang terlibat adalah di sekitar Sendai, Fukushima, Miyako (tmpt effectnye xsure sgt ktne..). 


Walaupun musibah ni tak berlaku pada kami atau pun di UK, tp saje nak publish entry ni utk peringatan di masa akan datang. Bencana yang Allah datangkan tak mampu kita halang walaupun manusia mempunyai keupayaan akal dan teknologi yang tinggi. Kemegahan bandar yang dilimpahkan dengan manusia yang cerdik pandai serta fasiliti yang moden juga turut rebah dalam aturan musibah yang direncanakan Allah. Tak mustahil bencana yang sama akan berlaku kepada kita walaupun mungkin negara kita tidak termasuk dalam lingkaran bencana yang telah diplotkan. Jika Allah mengkehendakkan, di mana atau kepada siapa ia berlaku, ia tetap akan terjadi. Mohon Allah jauhkan kita dari segala bencana dan perkara buruk tersebut.


Berjauhan dari family dan kampung halaman beribu batu jauhnya membuatkan kebimbangan sentiasa ada. Tambahan pula pada family atau student yang berada di Jepun yang kadang kala terdedah pada gempa berskala kecil. 

Musibah yang berlaku menyebabkan diri terasa begitu kerdil. Dalam sekelip mata sahaja apa yang dimiliki boleh lenyap begitu sahaja. Terasa insaf dan takut melihatkan kejadian yang berlaku. Peringatannya kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah, menghargainya di jalan yang diredhai serta menjunjung Islam walau di mana kita berada. 

Moga hamba-hamba Allah yang sedang diuji di Jepun atau di mana sahaja berada, sentiasa tabah dan tawakal pada ketentuan Allah. Dari jauh, didoakan moga kalian berada dalam lindungan Allah dan hari ke depannya akan semakin baik...Amin...

2 comments:

  1. Tuhan maha adil, karna tanah tempat tinggalnya penuh dgn bencana maka orang2nya pintar dalam memberi solusi dan inovasi

    ReplyDelete