Pages

Friday, 11 February 2011

Masak-Masak with Anak Angkat

1. Hari Ahad lepas (6 Feb 2011) MSA Soton (Malaysian Student Association) anjurkan Chinese New Year (CNY) Celebration untuk meraikan student Chinese Malaysia di Southampton. Walaupun majlis CNY, tapi majoritinya Malay students yang join dan memeriahkan majlis. 
2. Malam sebelum tu beberapa family dan anak angkatnya sekali ditugaskan masak menu yang ditetapkan untuk dihidangkan pada hari majlis tersebut. Menu utama ialah Kuey Tiaw Kungfu dan Ayam Masak Sweet Sour. Masakan lain disumbangkan atas inisiatif sendiri. Family kitorang dapat tugas masak Kuey Tiaw Kungfu. First time dapat tahu cuak sekejap sebab tak pernah makan apatah lagi masak. Dapat assignment tu pun last minit pagi Sabtu tu. So, ape lagi...kepada internet lah tempat kitorang mengadu...cari resepi. Bahan masakan dah siap sedia diberikan oleh MSA, tinggal masak je. 

 
 
Azim...
3. Malam tu lambat jugak start masak, sebab sebelum tu attend meeting Sekolah Malaysia. Dalam pukul 8 malam baru nak mula potong itu, siang ini. Pukul 10 malam barulah nak mula masak. Anak angkat kitorang ada 2 orang, student undergrad 2nd year...Azim dan Faris. Diorang pun join sama masak, walaupun dah lambat tapi tetap jugak take part sama. Memang anak angkat yang baik la hehehe... Azim ambil tugas menyiapkan menggoreng kuey tiaw, Faris pulak take over duty mencelup kuey tiaw ke dalam telur, dan saya siapkan kuahnya. Hubby macam biasa bertanggungjawab jadi taster.
Faris...
4. Bermulalah aksi kitorang berkungfu di dapur. Hasilnya, rupa kuey tiaw kungfunya jauh panggang dari api hihi. Sepatutnya kuey tiaw tu dimasak ala-ala murtabak maggi. Kuey tiaw yang lembut dicelup dalam beberapa biji telur yang telah dipukul . Selepas tu digoreng atas kuali dan masak macam telur dadar. Kuahnya dibuat asing ala kuah ladna/hong kong. After 5-6 kali try tetap gak tak jadi rupa yang sepatutnya (tak tau apa silap), last2 kitorang kiraikan aje kuey tiaw tu hihihi. Last batch baru dapat hasil yang memuaskan, bolehla dapat 3 keping. Habis masak dalam pukul 12.30mlm.

5. Walaupun tak jadi tapi kuey tiaw kungfu yang dah bertukar version tu tetap gak dikendong ke majlis esoknya.  Risau jugak nak bawak, takut takde orang nak makan. Lagi pulak ada 2-3 family lagi masak benda yang sama (jadi ke tak diorang buat) dan bermacam-macam menu lagi yang dijangkakan ada. Kalau nak ikutkan rasa memang ok,  cuma tinggal rupanye aje. Kata orang dari mata turun ke hati...hehe bermadah pujangga pula. Tawakal je la harapnya ada yang minat nak makan kuey tiaw kungfu kitorang esoknya. 

p/s: Sori, lupe nak snap gambar kuey tiaw kungfunya =)...

~ Sambungan at next story, sambutan Chinese New Year Soton 2011 =)...
apa kisahnya dengan kuey tiaw kungfu tadi?? hehehe... ~ 

No comments:

Post a Comment