Pages

Monday, 28 February 2011

Kes Pembunuhan Selang 5 Buah Rumah?!!

1. Suspen tak title kat atas tu. Bukan saja reka..ini betul-betul kejadian. Rasa seram je rasa sebab kes ni berlaku dekat sangat dengan rumah kitorang. 

2. Pagi Jumaat (25 Feb 2011) kelihatan penuh kereta polis dan ambulans selang 5 buah rumah dengan rumah kitorang, tapi masa tu tak tau apa ceritanya lagi. Sampailah ke petang, polis still stay kat area tu, siap dengan pasang tape macam dalam cerita CSI. Malam tu baru keluar berita kat internet, seorang wanita dalam umur 60an terbunuh akibat kecederaan teruk di kepala. Dilaporkan 2 orang lelaki dan 2 orang wanita ditahan untuk disoal siasat. 

***Dalam video ni, nampak la jugak kelibat kereta kitorang hihi, tp sayang pulak tak nampak no. plat kereta =). (Kereta warna biru light..betul2 depan camera..belakang polis yg tgh tertonggeng mengendap bwh kereta hitam hik3x...)


3. Untuk cari bahan bukti berkaitan jenayah tu, polis geledah tong sampah, saluran bawah jalan dan angkat/alihkan beberapa kereta yang berhampiran. 2 orang kakak Malaysia postgrad yang tinggal sebelah dengan rumah kejadian ni pun diketuk pintu oleh polis dan ditanya kalau ada apa-apa maklumat. Ada jugak polis ketuk pintu rumah jiran (Malaysia) sebab nak mintak izin selongkar dustbin diorang, tapi rasanya takde pulak dia ketuk pintu rumah saya...hmmm. 
View dari rumah kitorang

4. Siang tu actually saya takde la ambil port sangat apa yang berlaku sebab jaga anak orang. Lagi pulak minggu lepas cuti sekolah seminggu, kalau tak terintai-intai jugakla time hantar Alham ke sekolah pagi-pagi. Ikut cerita orang, macam ada kejadian pergaduhan keluarga sehingga menyebabkan wanita tu tercedera lalu mati. Hmmm...entahla.. nampak gaya macam crime rate sekitar kawasan ni makin tinggi. Harapnya lepas ni takde kejadian yang seumpamanya berlaku, risau dengan keadaan sekeliling yang tak berapa secure ni. For sure lepas ni rate insurans kereta pun naik la jawabnya sebab mungkin termasuk dalam high rate crime area...aduhai....

6 comments:

  1. wahh, takut gak tu sesekali nmpk keta polis ambulans dkt area kita kan. hrp2 jauhla drpd menda2 tak elok nih. amiin.
    kami duk cuba isi form insurans keta mlm tadi tengok2 sampai 4ribu tau kwsn kitorg. pastu mintak kwn isikan pulak dptla 2k. intan kena berapa? baru plan nak bli keta tapi tengok insuran tinggi sgt mcm tawar hati plak

    ReplyDelete
  2. salam intan.. scary juga baca.. moga intan sekeluarga dipelihara dari benda2 tak baik ni ye

    ReplyDelete
  3. salam intan..btl2 cam citer CSI tapi ini yg real punyer, akak minat citer CSI,best ajer bila diorg dpt selesaikan sumer kes...harap family intan ok dan dilindungi Allah daripada perkara yang tidak diingini...Intan jd bbsitter ye kat saner?

    ReplyDelete
  4. salam..
    waah! cuak gile kejadian bunuh jadi dekat dgn rumah.. huhu

    p/s: kt soton snow ekkkk???

    ReplyDelete
  5. @kak pi: skang kes ni dah reda kak. kereta polis pun dah tak nampak depan rumah tu.
    psl insurans tu kitorg ubah2 sikit details kitorg, dptla bwh 1k..kalo ikut situation kite ni insurans mmg mahal, penat2 kumpul duit buat byr insurans je. terpikir gak nk let go kereta tu, tp x tahula..hmmm..

    @kak ita: 1st time dengar terkejut kitorg. insyaAllah, minta dijauhkan Allah dr kejadian xelok mcm ni..

    @ibuaiman: salam kak =). sy pn minat gak series CSI, but more to CSI Las Vegas hehe. Tak boleh nak tgk dekat, kalo tak eager jugak camne diorg cari bukti kes.
    Aah kak, sy jd babysitter kt sini, bolehla nk tampung sikit belanja while hubby study...

    @fathiah: salam fathiah, tq singgah..=)
    kat soton dah xde snow. 2 kali je snow, tu pun sekejap jek..

    ReplyDelete
  6. ha ah.. ye sy pon duk uk jugak.. study :)
    dh agak byk thn jugak (utk tempoh org study) sy duk uk ni..
    dlu buat degree kt guildford, surrey..
    skrg smbg kt twickenham, middlesex :)

    ReplyDelete