Ini dinner kitorang dua minggu lepas, tak menyempat nak post entry sebelum ni. Dagingnya dah lama beli, cuma mood rajinnya tak muncul-muncul. Malam tu hubby tanya bila nak masak daging kambing tu, lama terperuk dalam freezer. So, kena jugak buang penyakit malas tu, dan hasil dinner kami malam tu western style...ala-ala makan kat windmill gitu cheewah hihi =)..
Side meal lamb chop ni boleh makan dengan pelbagai, ikut tekak dan citarasa masing-masing. Biasanya side vegetables yang dihidang style kat hotel or western restaurant ialah spt brokoli, coulinflower dan carrot yang dikukus/rebus -dimakan begitu saja. Mulanya nak decorate camtu tapi stok sayur2 tu semua dah habis. So ganti dgn salad, tomato dan buat sikit coleslaw - klik sini. French fries pun dah habis, ganti dgn wedges. Kesimpulannya, tak kesah nak letak pape, ikut suka hihihi..
Resepi bahan perap dan sos black pepper saya modify ikut teori hubby yang pada seleranya sedap, dan selalunya mmg saya akui =).. (ini ikut citarasa kitorg, tak sure kena tak dgn selera org lain. Tapi kalau suka, alhamdulillah..)
Bahan-bahan (3-4 orang):
::Bahan perap daging::
1. 5-6 keping lamb leg
2. Air garam
3. 5 biji bawang putih - diketuk
4. Jus limau
5. Marjerin/sedikit minyak untuk menggril
6. Sos worcastershire - optional untuk menggril
Cara-cara: Setelah dibersihkan, daging diketuk-ketuk agar lebih lembut dan tidak liat. Lumur rata bahan-bahan diatas. Perapkan selama 1/2jam hingga 1 jam. Untuk menggril, saya gunakan marjerin dan sos worcastershire sebagai penambah rasa. Cucuk daging dgn garpu supaya lebih cepat masak.
p/s: Daging boleh juga diperap dengan air garam sahaja. Sos worcastershire hanya optional (tak tau kat Malaysia ada jual ke tak). Rupanya macam cuka atau kicap cair dan agak masam. Mungkin boleh juga diganti dgn sos bbq/sos stik untuk lebih dapatkan rasanya, tp saya pun tak pernah try. Kalau tak ada sos-sos ni still boleh aje grill kosong dgn marjerin, tak ada masalah..
::Black pepper sauce:: - (modify dari sos kentang putar)
1.1 biji bawang besar - dihiris
2. 2 biji bawang putih - diketuk
3. 3 btg daun sup - dihiris
4. Air untuk merebus
5. 2 sudu marjerin/butter
6. 1 kiub pati ayam
7. 3 sudu serbuk lada hitam
8. 3 sudu sos tiram
9. 2 sudu kicap masin
10. 2 sudu kicap manis
11. Sos worcastershire - optional
12. 2 sudu tepung - dibancuh dgn air (boleh dicampur dgn sedikit tepung jagung)
Cara-Cara:
1. Rebuskan air bersama bawang besar, bawang putih dan daun sup. Setelah mendidih, padamkan api dan toskan (untuk mendapatkan air rebusan sahaja). Ketepikan.
2. Dalam periuk yang lain, tumiskan marjerin. Kemudian masukkan air rebusan tadi.
3. Masukkan kiub pati ayam, kemudian kicap masin/manis, sos tiram, sos worcastershire dan serbuk lada hitam.
4. Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah.
5. Kacau hingga pekat.
6. Sedia dihidang (sos ni tak perlukan garam sebab dah sedia masin)
Sedapnyeeeeeeeee...ala..baru je buat asam pedas kambing 2 ari lepas, kalau x boleh masak cam intan punyer ni..lmbat lagila nak beli kambing nmpknye.huhu.
ReplyDeletehmmm, tak pernah lg masak asam pedas kambing ni. leh try lain kali =)...samala kak, selang berapa lama baru beli kambing/lembu/ikan. kalo tak tiap ari melantak ayam jela..
ReplyDeletenampak menarik je lamb cho ni.. tapi kami sekeluarga tak suka kambing.. so nanti nak buat steak yang guna daging lembu je la
ReplyDelete