Pages

Monday, 27 September 2010

Lebaran di Soton, UK

Sejak start Syawal hari tu tak menyempat nk tulis story pasal raya kt perantauan ni. Ingatkan tak semeriah raya di Malaysia. Rupanya jauh panggang dari api hehe.. Kemeriahannya agak besar especially pada awal Syawal. Cuma ada beberapa part yg terasa kurang, terutamanya time bermaaf-maafan selepas solat raya. Tiada scene bersalaman dengan ibu, abah dan adik beradik. Yang ada hanya hubby dan anak2 tersayang. Rasa sebak jugak awalnya bila teringat family kt Malaysia, tp cepat cover dengan adanya teman2 yg ramai kt sini. Lepas sesi bersalaman, ape lagi... bergambar satu family for our 1st raya in UK...=).


Solat sunat Aidilfitri diadakan di Stoneham Hall,near to students' hall. Kebanyakan yang solat di situ students univ dan family dari Malaysian, Indonesian, Pakistani and etc. Ada juga dari Arab, Gaza and etc. Solat start pukul 8 a.m, agak awal juga. Jika ada yang terlambat, ada alternatif lain untuk solat sunat raya di masjid di area city, mulanya sekitar pukul 8.30 or 9 a.m. Tapi mungkin tak sama feelnya coz tak dapat join solat dgn rakan Malaysia yg lain.

Hubby dgn rakan2 selepas solat sunat Aidilfitri
1st day raya dah ada open house perdana dengan teman2 =). Beberapa family plan masak beberapa lauk-pauk raya bersama-sama untuk dijamu pada teman2 di Soton. Hostnya diadakan di salah satu rumah teman (tq to Kak Pah & Abg Rizal). Mcm2 juadah ada sampai tak tahu mana nak pilih. Nasi dagang, rendang, lodeh dan kuah kacang semestinya, soto, kuih-muih, ayam masak merah dan sebagainya..(byk sgt smpai dah tak ingat menunya hihi). Bila berkumpul ramai2 camni, kurang skit rasa rindu pada family. 

Juadah di Open House Perdana, Soton
Then, Keluarga Soton (seluruh komuniti Malaysia di Soton) adakan Sambutan Aidilfitri besar-besaran. Tempatnya turut diadakan di Stoneham Hall. Semua orang datang dengan baju raya masing2, barulah nampak warna-warni hari rayanya. Nasib baik still dalam mood summer-autumn lagi. Kalau dah masuk winter tersoroklah baju raya yang cantik2 tu dalam jaket tebal hihihi.. Sate jadi menu utama bersama kuah kacang dan nasi impit. Rasenye ade dalam 1000 lebih cucuk sate yg terhidang. Potluck dari kawan2 juga tak tinggal; laksa, mee rebus, nasi dagang and etc. Kawan dari Indonesia juga turut join menghidangkan baksonya (originally made by Indonesian..laku smpai kene queue..). 

Bergambar raya with Family Soton
Kali ni, saya sempat menyumbangkan kuah kacang untuk hidangan seluruh Soton =). Pengalaman masak untuk tetamu yang ramai agak mencabar, tidur pn dah pagi coz nk meng'modify'kan kuah kacang sebaik rasa yang mungkin. Niatnya join masak ni coz nk dapat feel raya and untuk pengalaman masak sendiri juga. Harapnya kene la dgn tekak tetamu yg datang.

Hmm, kalo nk cite kisah hari raya ni mcm tak cukup sampai kt sini. Kita stop dulu kt sini, panjang2 karang tak larat nk baca. Kita sambung lg next story kay...!

No comments:

Post a Comment