Pages

Thanks so much to all viewers, likers and followers.
Hope that this little blog of mine will create smile =D and enjoyment as well as tie our ukhuwah in a good way.

Friday 6 January 2012

Mengubat Rindu di Malaysia

Salam semua,
Sebelum ni saya ada mention utk story tentang kepulangan ke Malaysia baru-baru ni. Harapnya all readers tak boring ye baca bebelan saya kat sini hehe. Alkisahnya bulan Nov lepas kami sekeluarga pulang ke Malaysia selama sebulan utk sama2 meraikan perkahwinan adik ipar. Pada awalnya tak merancang utk pulang ke tanahair selama hubby study 3 tahun di sini. Namun atas rezeki Allah yang tak disangka2, pada Mei lepas MAS mengadakan promosi tiket London-KL yang agak murah.. hanya kira2 RM 1500 (£300) seorang utk return ticket. Hubby pn terkejut sbb so far tak pernah lg dpt tiket semurah tu. Apa lagi, terus aje grab peluang tu.
Gelagat Najah ketika menunggu flight ke Sabah
Tertidur di pangkuan Nyayi
Mengisi perut yang lapar setelah sampai di Tawau
 
 

Beberapa hari sblm bertolak ke Malaysia, kami sekeluarga diserang demam, batuk dan selesema. Mungkin disebabkan perubahan cuaca yang semakin sejuk. 13 jam dalam flight dirasakan terlalu panjang dgn badan tak berapa sihat, hidung tersumbat dan tekak yang sering aje gatal. Budak2 pulak tidur aje sepanjang flight, makan pun tak berapa selera. Nasib baiklah Najah kurang meragam. Itulah rasanya the worst flight journey ever.

Sampai aje di Malaysia semestinya kitorang rasa excited dan lega. Tapi malangnya dalam minggu pertama kami terpaksa melayan demam dan batuk yang belum reda. Nak keluar jalan2 cari makan pun takde mood. Nasib baik anak2 cepat kebah lepas pergi ke klinik. Kurang skit risau ni. 
Najah bersarapan pancake di bilik hotel

Pengalaman di Sabah
Hujung minggu tersebut kami ke Sabah utk menghantar rombongan adik ipar yang dijodohkan dengan orang Lahad Datu. Pengalaman yang agak menarik kerana dapat mengenal kehidupan orang di luar semenanjung. Majlis akad nikahnya ringkas dan khemah kendurinya dihias menggunakan batang buluh dan daun kelapa. Lauk pauk kenduri kawinnya juga berbeza tetapi menyelerakan; nasi putih, daging hitam, ayam masak merah, sayur kerabu dan sayur ulam. Selain itu, kami berpeluang menziarah ke rumah mertua adik ipar yang tinggal di rumah air. Kami perlu meniti jeti papan yang agak kecil merentas permukaan air pesisir pantai. Setiba di rumah yang dituju, nasi kuning dan buras dah sedia menunggu untuk santapan sarapan kitorang pagi tu. Mmg seronok dpt rasa sesuatu yg berbeza dari selalu. Bila dah namanya kat tepi laut, for sure banyak makanan laut segar yang dijual penduduk setempat. Sure puas makan.. dah terbayang dah kalau buat ikan bakar mesti sodap :). Anyway, tahniah buat Faisal dan pasangannya Juraidah. Didoakan moga kekal bahagia ke akhir hayat.